Friday, 27 October 2017

Umno Kecam Bekas Menterinya

Umno Kecam Bekas Menterinya. Tokoh media Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau dikecam tidak tahu mengenang budi kerana menulis buku bertajuk Pergi mampuslah Umno: Benci atau kecewa.

Sikap beliau dikatakan tidak wajar, lebih-lebih apabila bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu pernah dilantik menjadi menteri. “Inilah sikap orang yang tidak tahu mengenang budi.

Umno Kecam Bekas Menterinya. “Inilah pandangan terhadap saya dari penyokong Umno yang tidak mempunyai kejatian diri, tidak menghayati dan memahami sejarah Umno untuk membolehkan mereka merasa dan melihat betapa Umno telah tersesat dari jalan kebenarannya,” katanya.

Beliau yang popular dengan panggilan Zam berkata beliau memahami masalah Umno kerana telah mengenali parti itu sejak era presiden pertamanya Datuk Onn Jaafar lagi.

Malah, beliau mendakwa pernah menyelamatkan Umno dalam pilihanraya umum 1990 dengan mempergunakan gambar Tengku Razaleigh Hamzah sigah yang mempunyai corak seakan-akan salib.

Umno Kecam Bekas Menterinya


“Gambar ini sangat berkesan seperti berkesannya video Kelantan Dalam Gerhana semasa saya menjadi Timbalan Menteri Penerangan yang hampir menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan.

“MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat) mengecap saya sebagai budak celaka,” katanya.

Menurut maklumat pada kulitnya, buku terbitan Zi Publication Sdn Berhad itu antaranya mengulas isu-isu yang dikatakan “menjerat Umno dalam kancah politik baru - antara kelangsungan dan penghujung nyawa”.

Umno Kecam Bekas Menterinya


Ia memaparkan kulit menggambarkan seorang individu yang digambarkan sebagai Umno sedang tenggelam di lautan. - mk






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...