Monday, 23 October 2017

Tsunami Bakal Melanda Lagi.. Ini Petandanya

Tsunami Bakal Melanda Lagi.. Ini Petandanya. Tsunami politik tidak mustahil bakal melanda Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 selepas negeri itu diperintah PAS sejak 27 tahun lalu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berkata tsunami berkenaan hanya akan berpihak sama ada kepada BN atau Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sebaliknya kata bekas timbalan menteri itu PAS tidak akan mendapat manfaat daripadanya.

Tsunami Bakal Melanda Lagi.. Ini Petandanya. Kata Ibrahim berdasarkan senario semasa pemerintahan Kelantan ia sudah bertapak lama dan kini tiada impak atau perubahan besar ditunjukkan.

Keadaan itu katanya mungkin mendatangkan rasa cemuh kepada rakyat.

"Tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pun dah tak ada dan orang pun dah mula bercakap sejak PAS memerintah selama lebih suku abad, tak ada apa (di Kelantan).

"Pendapatan kerajaan negeri tak bertambah, asyik tebang balak saja. Pekerjaan kurang, rakyat Kelantan ramai berhijrah ke luar," katanya pada sidang media selepas program ramah mersa dan agihan sumbangan kepada penduduk di Kampun Hutan Chengal Tendong, Pasir Mas, semalam.

Rakyat tahu kemampuan BN

Ibrahim adalah bekas anggota Umno yang pernah menjadi wakil rakyat bagi Pasir Mas pada PRU ke-12 lalu.

Tsunami Bakal Melanda Lagi.. Ini Petandanya


Ketika menyertai pilihan raya pada 2008 itu Ibrahim bertanding menggunakan tiket PAS ekoran pendiriannya yang tidak merestui cara kerajaan pimpinan perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau akhirnya menubuhkan PERKASA.

Pada PRU ke-13 lalu Ibrahim bertanding sekali lagi di Pasir Mas namun gagal mempertahankan kerusi berkenaan. Beliau kalah kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan majoriti 8,047 undi.

Mengambil kira sejarah politik di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, katanya, BN pula sudah lama tidak mentadbir Kelantan, dan harus diingat rakyat juga pernah selesa dengan parti berkenaan.

"Dulu BN pernah menang di Kelantan dan memerintah hampir 18 tahun. Rakyat tahu keupayaan parti BN.

"Kalau rakyat rimas sekarang, saya tidak tolak kemungkinan mereka akan balik pada BN. Begitu juga dengan (peluang) HARAPAN, tapi bukan pada PAS, " tegasnya yang berkecimpung dengan politik Kelantan sejak 1978.

Ibrahim yang popular dipanggil Tok Him, sejarah membuktikan PAS yang cukup kuat di Kelantan namun akhirnya tumbang dalam PRU kelima yang diadakan pada 1978.

Faktor atas kertas

Jelasnya, dengan kekuatan yang pernah dimiliki PAS ketika itu parti berkenaan akhirnya hanya mampu memenangi dua kerusi dan kalah teruk, termasuk di kubu kuat mereka, Pengkalan Chepa.

"Itulah tsunami politik yang boleh berlaku pada bila-bila masa jika rakyat mahukannya.

"Begitulah pada 1990 apabila BN tumbang di Kelantan," katanya merujuk kepada detik PAS kembali mentadbir negeri itu.

Tsunami Bakal Melanda Lagi.. Ini Petandanya


Untuk rekod PAS berjaya merampas Kelantan pada PRU kelapan itu dengan bantuan Parti Semangat 46 yang diketuai Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ibrahim sendiri adalah salah seorang pemimpin utama parti berkenaan.

Menurut Ibrahim semua perkembangan politik Kelantan yang disebutnya itu berlaku ketika beliau terlibat dalam politik.

Sementara itu mengulas pengamatan melalui faktor atas kertas, Ibrahim berkata, kemungkinan besar wujudnya pertandingan tiga penjuru pada PRU ke-14 dan ia bakal menguntungkan BN.

"Saya bagi contoh mudah. Sekarang ini BN ada lima parlimen iaitu Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Ketereh dan Machang.

Tsunami Bakal Melanda Lagi.. Ini Petandanya. "Di Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin kalah 200 undi sebelum ini. Maknanya kalau tiga penjuru nanti, undi PAS akan pergi pada HARAPAN dan BN akan menang," katanya sambil menyifatkan PAS mungkin hanya berjaya mempertahankan beberapa kawasan yang memang kubu kuat mereka saja. - mk






Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...