Tuesday, 3 October 2017

Syed Saddiq Buat Kejutan

Syed Saddiq Buat Kejutan. Ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Abdul Rahman mengumumkan hari ini akan menangguh rancangan melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford kerana ingin terus berpolitik.

Syed Saddiq, 25, sepatutnya memulakan ijazah sarjana dalam pengajian dasar awam pada minggu kedua Oktober.

Syed Saddiq Buat Kejutan. “Maafkan saya, ibu. Saya sudah memutuskan untuk lupakan Oxford dan fokus untuk berjuang kepada negara yang semakin tenat,” katanya pada sidang akhbar.

Ketua pemuda PPBM itu berkata keputusan itu bukan dibuat berdasarkan mana-mana pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyddin Yassin.

Beliau menambah, keputusan itu sukar dibuat tetapi kerana cabaran yang belum selesai di Malaysia.

“Jika saya ke Oxford tahun ini, hati saya tidak akan berada di sana. Hati saya akan sentiasa berada di Malaysia,” katanya sambil menambah, beliau mungkin gagal atau berjaya dalam langkah memperjuangkan kesejahteraan negara tetapi sekurang-kurangnya sudah mencuba.

Syed Saddiq Buat Kejutan


“Sekurang-kurangnya suatu hari nanti saya boleh berdepan anak cucu dan bersumpah saya telah cuba. Saya telah cuba yang terbaik,” katanya.

Syed Saddiq memuat naik gambar beliau memegang surat tawaran universiti bersama ibu bapanya di akaun Instagram miliknya.

Syed Saddiq Buat Kejutan. Tertera pada gambar tersebut, “Saya sudah mempertimbangkan pandangan semua, termasuk ibu bapa, tentang masa depan saya dalam politik dan tawaran biasiswa dari Universiti Oxford untuk melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Dasar Awam. - fmt



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...