Thursday, 5 October 2017

Siapa Disebalik Arah Roboh Rumah Staf Masjid Subang Airport?

Hi
Siapa Disebalik Arah Roboh Rumah Staf Masjid Subang Airport? Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil menegaskan pihak Pejabat Tanah dan Daerah Petaling wajar menghormati proses undang-undang bukannya merobohkan dua rumah kedai yang didiami dua keluarga pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang.

Pada masa sama, ujarnya, tindakan pejabat tanah berkenaan serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini merobohkan kesemua premis terbabit tidak harus berlaku.

Siapa Disebalik Arah Roboh Rumah Staf Masjid Subang Airport? “Kita menggesa pejabat tanah dan MBSA untuk menghormati proses undang-undang. Seharusnya tindakan meroboh ini ditangguhkan.

“Satu perkara yang tidak harus berlaku. Ini satu perkara yang begitu mendukacitakan memandangkan mereka adalah orang lama yang banyak menyumbang jasa dalam perkembangan syiar Islam di kawasan ini,” ujarnya kepada pemberita di lokasi tersebut.

Peguam berkenaan yang dalam kunjungan kali kedua itu memaklumkan perbincangan dengan pemilik premis terlibat akan dilakukan bagi tindakan selanjutnya.

“Kami mengharapkan agar pembelaan terhadap pemilik premis ini dititikberatkan oleh kerajaan negeri Selangor,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim yang turut berada di lokasi ketika berlangsungnya operasi perobohan berkata, arahan tersebut adalah daripada pihak kerajaan Persekutuan tetapi menggunakan jentera di bawah kerajaan negeri.

“Arahan (merobohkan) ini datang daripada Persekutuan tapi menggunakan pejabat tanah dan PBT (pihak berkuasa tempatan) di negeri Selangor.

“Ini yang kita rasa sangat terkilan kerana mereka yang berkehendakkan tindakan ini (meroboh) dibuat tetapi menggunakan logistik dan tenaga daripada kerajaan negeri Selangor,” tambah Izham lagi.

Siapa Disebalik Arah Roboh Rumah Staf Masjid Subang Airport?


Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok dari Pas, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi turut hadir di lokasi perobohan.

Sumbangan 

Dalam hal berkaitan, Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Abbas Azmi memberitahu pihaknya sebelum ini telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu pengusiran dua keluarga terbabit oleh Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Sekurang-kurangnya ditangguhkan perobohan tetapi mereka berkeras juga meneruskan perobohan kononnya mereka (dua keluarga) menceroboh,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pemuda AMANAH Selangor melancarkan kutipan derma kilat bagi sekurang-kurangnya meringankan beban yang ditanggung keluarga Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul.

Orang ramai dirayu menghulurkan sumbangan menerusi akaun BIMB 1203 8010 1271 65 atas nama Pertubuhan Suara Progresif Selangor.


Salah seorang ahli Angkatan Wanita AMANAH (Awan) cuba menenangkan ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai kak Bada (tengah).


Siapa Disebalik Arah Roboh Rumah Staf Masjid Subang Airport?


Kedua-dua ketua keluarga berkenaan sebelum ini telah beberapa kali mendapat notis meminta mereka mengosongkan tanah di Lot 1210 Mukim Sungai Buloh.

Mereka juga diarah berpindah tanpa sebarang rundingan yang sewajarnya termasuk pampasan lebih setimpal.

Abd. Razak yang bertugas sebagai bilal masjid itu bersama rakan sejawatnya, Yaakob itu mendiami rumah tersebut sejak pertengahan tahun 1990-an.

Mereka turut memiliki surat kebenaran untuk tinggal di kawasan berkenaan daripada bekas setiausaha Masjid Lapangan Terbang Subang ketika itu, Zakaria Md Noh.

Walau bagaimanapun, tiga unit kediaman dan dua kedai milik mereka dirobohkan mulai jam 10.30 pagi hari ini dengan dipantau anggota polis.

Siapa Disebalik Arah Roboh Rumah Staf Masjid Subang Airport? Sembilan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Setiausaha Agungnya, A Sivarajan ditahan selepas cuba menghalang operasi perobohan diteruskan dengan membentuk benteng manusia. - md

Baca artikel asal di SINI.


Addin:

Sepatutnya Kerajaan Negeri terlebih dahulu menyediakan rumah sebelum merobohkan penempatan tersebut. Memang tiada hak dari segi perundangan tetapi belas ikhsan manusia melebehi segalanya. Disini admin ingin berkongsi tulisan dari Dr. Muhaimin Sulam..

Salam.
Persoalan rakyat sekecil mana sekalipun jangan dipandang ringan dan diabaikan. Menangguhkan kebenaran adalah  satu kezaliman. Kita berada dalam era media. Kesilapan ahli politik bukan kerana kegagalan mendapat kuasa tetapi hilang jiwa dalam bertindak (action without soul).  
Ingat pemimpin politik berdiri atas sokongan ahli bawahan. Jika kita mampu membakar semangat perjuangan dan meniup api kebencian pada musuh, jangan lupa untuk menyentuh jiwa rakyat bawahan tanpa kamera, tanpa pandangan manusia.  
Saudara Razak dan Yaakub adalah aktivis lama. Berkhidmat tanpa nama dan jawatan. Memang mereka tiada hak di sisi perundangan tapi mana mungkin tiada ruang untuk berlaku bijaksana dalam menangani isu 'sekecil' ini. 
Apa yang berlaku semalam (merobohkan rumah rakyat di laman rumah Tuhan) adalah mukadimah kegagalan sebuah kerajaan yang melindungi kepentingan rakyat biar atas nama dan slogan apapun. 
Usah dihalang suara kemarahan apabila keringat, airmata dan darah rakyat semurah air mengalir! 
Muhaimin Sulam
Naib Pengerusi Amanah Perak



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






2 comments:

  1. Umat islam d anak tiri dlm negara islam sendiri. Bersabarlah, pasti akan ada hikmah d sebalik kejadian ini. Allah menduga umatnya yg sejati

    ReplyDelete
  2. Jom kita bina rumah di atas tanah milik orang lain, bila diusir oleh tuan tanah nanti, kita boleh tuntut pampasan ribu riban.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...