Friday, 6 October 2017

Semakin Ramai Ingin Bersekolah Di Pusat Tahfiz Ittifaqiyah

Semakin Ramai Ingin Bersekolah Di Pusat Tahfiz Ittifaqiyah. Di sebalik kebakaran pusat tahfiz yang mengorbankan 23 orang di sini bulan lepas, namun semakin ramai orang menyatakan hasrat untuk mendaftarkan anak mereka belajar di pusat itu.

Pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Mohd Zahid Mahmood berkata beliau sendiri tidak menyangka keadaan itu apabila ratusan ibu bapa yang mengunjungi pusat tahfiz itu selepas tragedi 14 September tersebut menyatakan sendiri hasrat tersebut kepadanya.

Semakin Ramai Ingin Bersekolah Di Pusat Tahfiz Ittifaqiyah. “Sebenarnya pada peringkat awal selepas kejadian itu, kami menyangka ia mungkin menyebabkan ibu bapa tidak mahu lagi menghantar anak mereka ke pusat tahfiz, tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Ada ibu bapa yang mengunjungi pusat tahfiz selepas tragedi itu dan terus mahu mendaftarkan anak-anak mereka dengan pusat tahfiz kami, tetapi saya terpaksa beritahu mereka agar menunggu dahulu sehingga keadaan berkaitan tragedi itu selesai,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian itu, 21 pelajar dan 2 guru yang bertugas sebagai warden terkorban akibat terperangkap dalam asrama yang terbakar.


Semakin Ramai Ingin Bersekolah Di Pusat Tahfiz Ittifaqiyah


Mohd Zahid melahirkan rasa bersyukur dengan sambutan ibu bapa dan merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak termasuk kerajaan yang terus memberikan sumbangan dan memberi perhatian kepada pusat tahfiz itu dan waris mangsa.

Mengenai perkembangan semasa para pelajar yang terselamat dalam kejadian itu, Mohd Zahid berkata, pada masa ini mereka masih bercuti bersama keluarga masing-masing untuk berehat selain menghilangkan rasa trauma susulan tragedi itu.

Katanya, sebelum kembali semula menyambung pengajian di pusat tahfiz itu, pelajar-pelajar tersebut akan dibawa menunaikan ibadah umrah secara berperingkat bulan ini.

Semakin Ramai Ingin Bersekolah Di Pusat Tahfiz Ittifaqiyah. “Diharapkan selepas mereka kembali dari umrah nanti perasaan trauma mereka akan hilang dan kembali fokus untuk pengajian semula,” katanya. - fmt


Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...