Tuesday, 31 October 2017

Punca Ramai Graduan Berhenti Kerja

Punca Ramai Graduan Berhenti Kerja. Tidak mampu menanggung beban sara hidup tinggal di Kuala Lumpur, Qaziril, 25 tahun meninggalkan kerjaya dengan masa depan cerah di sebuah syarikat terkenal di ibu kota hanya selepas empat bulan, dan kembali ke Johor Bahru untuk bekerja sebagai pembantu kedai.

Walaupun gajinya lebih di Kuala Lumpur, kos sara hidupnya terlalu tinggi, kata graduan sumber manusia itu.

Punca Ramai Graduan Berhenti Kerja. “Sebelum ni saya banyak komitmen sebab dulu kat KL (Kuala Lumpur) saya duduk menyewa. Sewa je dah 500 ringgit. Makan-makan dan belanja lain setiap bulan 900 ringgit.

“Tapi bila balik Johor, saya duduk dengan keluarga. Petrol, sewa dah jimat. Saya belanja untuk rumah (keluarga) pun tak banyak. Belanja makan dah tak banyak macam dulu. Bila kira-kira balik saya dapat jimat separuh dari gaji saya,” katanya kepada The Malaysian Insight.


Situasi yang dihadapi Qaziril ini bukanlah perkara asing kerana menurut satu kaji selidik dijalankan Monster.com, terdapat 36% lepasan ijazah berhenti kerja dalam tahun pertama mereka mula bekerja untuk mencari prospek dan gaji lebih baik.

Kaji selidik itu menunjukkan, 74% bakat muda meninggalkan kerja masing-masing kerana “kurang perkembangan”, sementara 43% lagi mahukan gaji lebih tinggi.

Graduan kajian politik dan pemerintahan, Noreena Fairus, 22 , pula hanya bertahan sembilan bulan di syarikatnya selepas tamat pengajian.

Noreena yang berasal dari Sarawak juga berdepan masalah sama seperti Qaziril, bergelut untuk terus hidup di Kuala Lumpur berbekalkan gaji RM2,000 sebulan.

Dia menghabiskan hampir RM1,600 sebulan untuk membayar sewa, pengangkutan, makanan, dan barang dapur serta perlu juga membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan memberikan wang kepada ibu bapanya.

Punca Ramai Graduan Berhenti Kerja


“Saya bekerja tujuh hari seminggu. Dengan bayaran itu, ia tidak berbaloi,” katanya.  

Noreena mengatakan dia juga tidak menerima bimbingan sewajarnya daripada majikan.

“Tugas saya di syarikat lama berkaitan pengurusan acara. Masa saya berhenti kerja tu memang saya tak ada back-up cari kerja baru sebab saya rasa bukan saja tak berbaloi tapi saya fikir tak ada future untuk jangka masa panjang dan lack of guidance dari majikan.

“Saya mula kerja sebagai seorang fresh grad dan majikan masa tu mereka jangkakan kita tahu semua benda dan saya selalu dipersalahkan,” katanya.

Tahun pertama sukar sesuaikan diri

Bagaimanapun, menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan, fenomena itu terjadi kerana mereka sedang cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan mungkin masih mencari-cari karier yang mereka ingin ceburi.

“Kita harus faham bahawa mereka yang dalam tahun pertama bekerja selepas mendapat ijazah itu biasanya mereka cuba menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan dan sekarang ini kebanyakan daripada degree holders ini, mereka tidak akan diambil bekerja dalam bidang yang dia ada ijazah itu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Shamsuddin berkata, oleh kerana itu, pihak majikan terpaksa menanggung kerugian besar kerana mereka telah membelanjakan masa dan wang untuk melatih graduan ini.

“Latihan itu akan melibatkan dana dan bila kita (majikan) latih mereka ini tapi mereka (graduan) decide to stop (berhenti kerja), ini adalah sesuatu yang kita katakan akan merugikan syarikat dan of course kita kena rekruit (pekerja) yang baru dan latih semula dan sebagainya.

Kos kehidupan tinggi di ibu kota kini membebani graduan menerima upah yang tidak banyak berubah sejak berdekad lamanya.

“Jadi, ini adalah sesuatu yang harus diteliti semula bagaimana majikan sebenarnya boleh retain mereka (graduan) ini dalam pekerjaan itu,” katanya.

Kaji selidik Monster.com juga mendapati 58% lepasan ijazah bersetuju yang pekerjaan pertama mereka kunci untuk membuka laluan pada kerjaya masa depan, tetapi 24% berkata mereka terpaksa bergelut dengan kekurangan bimbingan dan 22% lagi berkata majikan adalah cabarannya.  

Kaji selidik itu juga mendapati 21% bakat muda merasakan mereka sepatutnya menerima pampasan lebih baik dan 20% masih belum bersedia dengan dunia pekerjaan.

Punca Ramai Graduan Berhenti Kerja


Bagaimanapun, 80% majikan yang dikaji selidik percaya mereka sudah pun menyediakan sokongan mencukupi kepada lepasan ijazah.

Syarikat tak bayar KWSP

Bagi Hairunnisa Mohd Firdaus pula, sebab utama dia berhenti kerja dari syarikat lamanya adalah kerana syarikat tersebut tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Graduan yang menamatkan ijazahnya dalam bidang pengurusan hartanah pada akhir tahun lalu berkata, sewaktu menjalani sesi temuduga dia tidak dimaklumkan mengenai keadaan syarikat tersebut sedang mengalami masalah kewangan, sehinggalah kakitangan yang bertugas di bahagian sumber manusia memberitahunya.

“Saya dibayar RM2,000 sebulan. Dalam payslip company catatkan ada caruman (KWSP dan Perkeso) tapi bila staf lain bagitahu dan bila saya check, tak ada pun,” katanya.

Dia terpaksa mengambil risiko melepaskan pekerjaan pertama itu dan terpaksa menganggur selama tiga bulan.

“Saya masih dalam tempoh percubaan ketika berhenti kerja. Saya hanya bekerja kurang tiga bulan. Majikan menolak surat perletakan jawatan saya dan menawarkan surat pengesahan jawatan kerja kepada saya.

“Parents saya terpaksa bayarkan duit kereta bulanan saya sebab kereta yang saya pakai tu baru lagi. Saya beli masa saya dapat tahu saya dapat kerja,” kata gadis berusia 25 tahun itu.

Shamsuddin berkata, pihak majikan juga perlu memainkan peranannya dengan memaklumkan kepada pekerja-pekerja baru mengenai prospek kerjaya mereka dalam syarikat tersebut serta situasi dan masa depan syarikat.

Ada juga graduan yang berhenti kerja kerana kegagalan majikan mencarum KWSP disebabkan kedudukan kewangan syarikat yang goyah.

“Jadi kalau kita lihat, salah satu sebab yang menyebabkan pekerja berhenti kerja adalah mereka tidak begitu tahu apakah prospek mereka kerja di situ.

“Kalau kita beritahu dalam masa tertentu mereka akan pergi ke jawatan yang tertentu dan sebagainya, itu akan memberikan rangsangan kepada pekerja berkenaan untuk terus kekal di syarikat itu,” katanya.

Namun katanya, isu ini tidak boleh menjadi sesi menuding jari pihak tertentu sahaja tetapi ketiga-tiga pihak- pekerja, majikan dan institusi pengajian tinggi- perlu tahu apa yang diperlukan pasaran kerja masa kini.

Beliau menambah, jika dibandingkan dengan dahulu, keadaannya tidak begitu meruncing seperti sekarang.

Katanya, kadar pemberhentian kerja pada tahun pertama dalam kalangan lepasan ijazah pada 10 tahun dulu mungkin sekitar 2% setiap bulan, iaitu 21% hingga 22% setahun.  

Punca Ramai Graduan Berhenti Kerja. “Tapi sekarang ini meningkat kepada 36% yang dikira 3% setiap bulan,” katanya. - MI






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...