Saturday, 21 October 2017

Petanda Baik Buat Penjawat Awam Dalam Bajet 2018

Petanda Baik Buat Penjawat Awam Dalam Bajet 2018. Pembentangan Bajet 2018 kali ini bakal menjadi sandaran buat rakyat khususnya penjawat awam.

Seperti tahun-tahun lalu, ramai yang mengharapkan sinar dalam ucapan Bajet 2018 yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, 27 Oktober akan datang.

Petanda Baik Buat Penjawat Awam Dalam Bajet 2018. Tinjauan Sinar Online dapat melihat keluhan golongan penjawat awam menerusi laman sesawang Bajet 2018 yang nyata tersepit dengan masalah kewangan yang membelenggu kehidupan mereka.

Rata-ratanya mengharapkan kerajaan meningkatkan elaun, selain memberikan bonus lebih tinggi kepada penjawat awam berbanding bajet yang dibentangkan pada tahun-tahun lepas.

Seorang pengunjung laman sesawang Bajet 2018, Richard Samie mencadangkan kerajaan mengumumkan peningkatan sebanyak empat peratus daripada kadar pendapatan penjawat awam.

Menurutnya, permintaan tersebut adalah wajar memandangkan nilai kadar inflasi semasa dan kos sara hidup yang agak tinggi.

"Elaun perumahan juga perlu ditambah sebanyak RM100. Ini kerana sewa rumah dan harga rumah mahal.

Petanda Baik Buat Penjawat Awam Dalam Bajet 2018


"Peningkatan elaun perumahan dapat meringankan beban penjawat awam bila pendapatan meningkat,secara tidak langsung kuasa beli pengguna akan turut meningkat. Rakyat tetap akan berbelanja. Ini akan merancakkan ekonomi negara. Bila perbelanjaan meningkat,pendapatan negara turut meningkat," jelasnya.

Cadangannya itu disokong oleh 2,565 pengunjung yang lain.

Pengunjung di laman sama, Amir Ibrahim pula mencadangkan kerajaan memberikan bonus lebih tinggi berbanding sebelumnya kepada penjawat awam.

"Diharapkan belanjawan kali ini dapat diberikan bonus penjawat awam sekurang-kurangnya sebulan gaji atau maksimum dua bulan gaji berbanding RM500 yang diberikan sebelum ini.

"Kaedah pembayaran bonus boleh dilakukan secara bulanan berbanding dibayar secara terus atau dua Kali setahun. Sebagai contoh bonus yang dibayar adalah RM6,000, maka pembayaran boleh dibuat RM500 untuk setiap bulan selama 12 bulan. Kaedah ini dapat mengurangkan beban kerajaan," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Muzaimi Abd Rahman pula mencadangkan kerajaan meneliti  pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) kepada penjawat awam.

Mohd Muzaimi berkata, kerajaan perlu meningkatkan kadar elaun sehingga 50 peratus bagi membantu penjawat awam mendepani cabaran kos sara hidup.

"Saya mencadangkan agar kenaikan elaun sara hidup penjawat awam dinaikkan 50 peratus kerana golongan pelaksana seperti saya sangat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi di bandar.

"Sara hidup juga meningkat kerana bilangan keluarga yang semakin bertambah. Mohon kajian dan penelitian Najib tentang masalah ini. Terima kasih," ujarnya.

Petanda Baik Buat Penjawat Awam Dalam Bajet 2018


Sementara itu, bercakap kepada Sinar Online, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, kerajaan perlu mencari jalan untuk mengeluarkan penjawat awam daripada kepompong kesusahan.

Menurutnya, Najib perlu mengambil langkah menaikkan kadar elaun dan bonus kepada penjawat awam yang selama ini berkerja keras menaikkan imej beliau dan kerajaan di mata rakyat serta dunia.

"Penjawat awam sekali lagi akan meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan, sepertimana bajet yang diumumkan oleh tahun sebelumnya.

"Kerajaan perlu mengambil kira kehidupan golongan penjawat awam yang sangat tertekan pada masa kini. Penjawat awam berdepan kesukaran untuk memiliki rumah, membiayai pendidikan anak-anak, membeli insurans dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Menurutnya, angka RM500 sebagai bonus tidak lagi boleh dianggap relevan memandangkan rakyat kini berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang meningkat secara mendadak.

"Kerajaan perlu pertimbangkan angka dan nilai yang sesuai untuk menghargai usaha penjawat awam.

"Oleh itu, kita mahu minta bonus sebanyak sebulan setengah kepada kerajaan, bukan lagi RM500 seperti yang diberikan pada tahun ini," katanya lagi.

Cuepacs sebelum ini mengharapkan berita baik untuk penjawat awam dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan kelak.

Timbalan Presiden II Cuepacs, Zainal Ismail berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula semakan gaji, elaun, bonus dan kenaikan gred untuk beberapa jawatan dalam agensi kerajaan.

Tahun lepas, Najib pada pembentangan Bajet 2017 mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam.

"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik.

Petanda Baik Buat Penjawat Awam Dalam Bajet 2018. "Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan," katanya. - sinar





Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...