Friday, 27 October 2017

Pembentangan Bajet 2018 : Shafie Apdal Bakal Buat Kejutan

Pembentangan Bajet 2018 : Shafie Apdal Bakal Buat Kejutan.  Datuk Seri Shafie Apdal hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000, beberapa jam sebelum Bajet 2018 yang akan dibentangkan perdana menteri.

Ia membolehkan ahli Parlimen Semporna itu hadir pada sesi Dewan Rakyat, bagaimanapun tidak pasti sama ada bekas naib presiden Umno yang kini mengetuai Parti Warisan Sabah itu dapat berbuat demikian.

Pembentangan Bajet 2018 : Shafie Apdal Bakal Buat Kejutan. Shafie ditahan dalam siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan RM1.5 bilion untuk pelbagai projek luar bandar di Sabah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang pernah diterajuinya.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus turut mengarahkan beliau melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

Shafie tiba di mahkamah di sini ditemani pemimpin Warisan termasuk naib presiden Junz Wong, Jaujan Sambakong dan Datuk Peter Anthony.

Shafie ditahan pada 19 Oktober oleh SPRM, berhubung siasatan melibatkan projek kementerian luar bandar di antara 2009 dan 2015.

Beliau bagaimanapun diserang tekanan darah tinggi dan dimasukkan ke hospital sejurus selepas ditahan.

Pembentangan Bajet 2018 : Shafie Apdal Bakal Buat Kejutan


Kediaman beliau di Taman Golf View, Penampang, diserbu pegawai SPRM, tetapi difahamkan tiada dokumen dirampas.

Peguam Shafie sebelum ini berusaha mendapatkan arahan mahkamah untuk membebaskan Shafie supaya dapat menghadiri sesi pembentangan Bajet 2018 oleh Datuk Seri Najib Razak yang bermula jam 3.00 petang ini.

Sebelum ini, pemimpin Warisan memulakan kempen memungut wang RM300,000 untuk membayar ikat jamin.

Adik Shafie, Adun Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal turut ditahan SPRM sebelum dibebaskan, di samping Peter Anthony dan ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman.

Dua bekas pegawai Shafie turut direman.

Kira-kira 350 projek di bawah kementerian yang pernah diketuai Shafie itu dilaporkan dipantau SPRM atas dakwaan penyelewengan dana persekutuan.

Pembentangan Bajet 2018 : Shafie Apdal Bakal Buat Kejutan


Dana RM1.5 bilion itu dikatakan sebahagian daripada RM7.5 bilion untuk pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan, antara 2009 hingga 2015.

Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan itu bermula 3 minggu lalu. Sebanyak 72 syarikat di Sabah juga dilaporkan disiasat SPRM.

Pembentangan Bajet 2018 : Shafie Apdal Bakal Buat Kejutan. Kira-kira RM170 juta aset dan wang dalam akaun bank milik beberapa syarikat yang terbabit dalam projek itu dilapor dibekukan SPRM. - fmt





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...