Wednesday, 25 October 2017

Patutlah Amanah Kelantan Pertahan Wisma Tok Guru

Patutlah Amanah Kelantan Pertahan Wisma Tok Guru. Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius tindakan Pemuda PAS yang membuat provokasi melampau di perkarangan Wisma Tok Guru di Salor, Kelantan.

Tindakan Pemuda PAS berkumpul beramai-ramai dengan diketuai Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari untuk memasang bendera PAS di perkarangan Wisma Tok Guru adalah tindakan samseng dan tidak mencerminkan doktrin atau prinsip matang dan sejahtera.

Patutlah Amanah Kelantan Pertahan Wisma Tok Guru. Pemuda PAS seharusnya mendukung prinsip kedaulatan undang-undang. Berdasarkan prinsip ekuiti, AMANAH Kelantan telah menduduki tanah tersebut dengan kebenaran tuan punya asal, malah telah mendapat kebenaran bertulis daripada penama tanah dan tuan punya asal tanah tersebut.

KANUN percaya AMANAH Kelantan mampu mempertahankan Wisma Tok Guru itu berdasarkan prinsip ekuiti yang diamalkan di Malaysia.

Soal kenapa Datuk Husam Musa tidak memulakan saman ke atas pemilik tanah baru tidak berbangkit kerana pada asasnya prinsip ekuiti digunakan sebagai perisai (a shield not a sword).

Bagaimanakah peguam PAS yang ramai daripada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) atau Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi (JUHAM) PAS gagal menasihati Ketua Pemuda PAS Kelantan tersebut untuk tidak membelakangkan proses perundangan.

Patutlah Amanah Kelantan Pertahan Wisma Tok Guru


KANUN menyatakan bahawa AMANAH Kelantan bukanlah menduduki Wisma Tok Guru seperti setinggan. Bahkan jika ia setinggan sekalipun, tuan punya tidak berhak untuk menghalaunya melainkan dengan mendapat perintah Mahkamah terlebih dahulu.

Inikan pula kedudukan AMANAH Kelantan yang telah menduduki tanah itu dengan kebenaran pemilik asal.

KANUN juga hairan adakah wujud mana-mana peguam yang menasihati PAS tentang tatacara dan prosedur pembelian sesuatu tanah?

Lazimnya, bagi pembelian setinggi RM700,000, ia akan diperincikan dalam satu perjanjian jual beli. Perjanjian jual beli itu pula akan memperincikan kaedah pembayaran dan kaedah penyerahan kosong sesuatu hartanah.

Penyerahan kosong hartanah pula akan bergantung kepada keadaan semasa hartanah itu sama ada didiami oleh penyewa atau orang yang diberikan kebenaran.

Patutlah Amanah Kelantan Pertahan Wisma Tok Guru


Jika pembeli mendapati hartanah itu didiami oleh orang lain, maka sebelum baki wang pembelian dibayar sepenuhnya penjual perlu memastikan tanah itu benar-benar kosong dan tiada isu-isu yang masih tergantung di mahkamah.

Dalam hal ini KANUN difahamkan bahawa terdapat pertindihan tuntutan oleh waris-waris terhadap tanah tersebut.

Oleh itu, jika perjanjian jual beli benar-benar wujud maka KANUN mencabar Pemuda PAS untuk mendedahkan butiran perjanjian itu bagi semua pihak mendapat ketepatan maklumat.

Patutlah Amanah Kelantan Pertahan Wisma Tok Guru. KANUN juga was-was yang pemilik tanah baru itu memegang tanah sebagai amanah kepada PAS kerana tidak mendapati sebarang catatan ‘pemegang amanah’ di atas geran hakmilik tanah tersebut. - mk





Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...