Friday, 6 October 2017

Naib Presiden Parti Shafie Apdal Ditahan SPRM

Naib Presiden Parti Shafie Apdal Ditahan SPRM. Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Peter Anthony ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi, lapor portal Borneo Today hari ini.

Beliau hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk dirakam keterangan.

Ketika dihubungi FMT, SPRM mengesahkan tangkapan itu dan berkata ahli politik itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk tahanan reman bagi siasatan seterusnya.

Naib Presiden Parti Shafie Apdal Ditahan SPRM. Sebelum ini dilaporkan beberapa ahli perniagaan dan kontraktor di Sabah yang menerima projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal, kini presiden Warisan.

Lebih RM150 juta wang tunai dirampas selepas SPRM memulakan siasatan ke atas dakwaan penggelapan dana daripada kementerian itu.

Semalam, SPRM menyerbu 15 lokasi di Sabah dalam siasatan mereka.

Borneo Post melaporkan Peter sebelum ini menafikan pernah membuat tuntutan palsu melebihi RM42 juta ketika melakukan kontrak kerja dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Presiden Parti Shafie Apdal Ditahan SPRM


Menurut Borneo Post, Peter berkata syarikatnya menerima sijil mengesahkan ia menyelesaikan kontrak daripada UMS dengan mematuhi segala peraturan dan skop kerja yang ditetapkan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan saya disiasat SPRM kerana membuat tuntutan palsu.

“Kami tidak pernah buat sebarang tuntutan palsu dan semua pembayaran, termasuk sijil mengesahkan penyelesaian kontrak daripada UMS, sudah diterima. Jadi tidak timbul soal kami membuat tuntutan palsu,” katanya menurut laporan itu.

Beliau menggesa dakwaan itu cubaan untuk mencemar reputasinya.

Naib Presiden Parti Shafie Apdal Ditahan SPRM. Beliau berkata apabila syarikatnya memajukan tuntutan, jurutera kerajaan akan menilainya dan satu jawatankuasa akan menilai semua kerja yang dilakukan sebelum memberikan kelulusan. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Dulu .... masa dalam Kerajaan ... "you scratch my back ... I scratch your back. Kita doakan yang berdosa (rasuah) mendapat peringatan keras dari Allah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...