Monday, 9 October 2017

Ketua Polis Negara Nafi Payung Pusat Judi Haram

Ketua Polis Negara Nafi Payung Pusat Judi Haram. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menolak dakwaan pusat perjudian haram berkembang di seluruh negara kerana beberapa pegawai polis membantu kegiatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan bertindak sekiranya mana-mana pegawai polis didapati berkomplot dengan tauke judi haram seperti yang didakwa.

Ketua Polis Negara Nafi Payung Pusat Judi Haram. Kenyataan Fuzi itu bagi menjawab tuduhan Ketua Unit Kawal Selia Umrah PPIM, Abdul Halim Ikhsan Abdul Halim Ikhsan yang mendakwa terdapat penglibatan beberapa pegawai polis dalam aktiviti haram yang diketahui umum itu.

“Saya sudah cakap banyak kali tentang usaha kami mengekang perjudian, terutamanya semasa hari pertama saya menjadi ketua polis negara,” kata Fuzi kepada FMT.

“Kami tidak dapat membasmi masalah perjudian 100% tapi kami tidak mengatakan kami mengambil sikap sambil lewa terhadap masalah itu. Kami melakukan yang terbaik untuk menangani masalah ini.

“Kami tidak berada pada peringkat di mana kami masih membincangkan bagaimana melakukan sesuatu atau merangka strategi. Kami sudah berada di fasa pelaksanaan untuk semua strategi yang kami ada.


Ketua Polis Negara Nafi Payung Pusat Judi Haram


“Kami akan menyiasat semua maklumat yang diterima.

“Kami tidak akan membiarkan sebarang salah laku, sama ada oleh orang awam atau pasukan polis sendiri tanpa dihukum.”

Minggu lalu, Halim dan seorang lagi aktivis PPIM, Yusuf Azmi, berkata demikian dalam sebuah program PPIM dirakamkan pada 23 September lalu.

“Kita yakin, tak perlu tipu dan rakyat sendiri tahu banyak pusat perjudian di Malaysia ‘dipayung’ oleh polis. Dan polis makan ‘paw’,” katanya merujuk istilah jalanan untuk “rasuah”.

Ketua Polis Negara Nafi Payung Pusat Judi Haram


“Di Kluang (Johor), semua orang tahu berapa besar, berapa banyak pusat perjudian haram?” katanya.

Halim turut mendakwa seorang ketua polis daerah menaiki “satu kereta” dengan tauke judi.

“Apa kena-mengena KP (ketua polis) dengan tauke judi?” soalnya.

Ketua Polis Negara Nafi Payung Pusat Judi Haram. Halim juga menggesa menteri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan mengekang pertambahan pusat judi kerana mereka yang mempunyai kuasa mengeluarkan lesen untuk premis tersebut, selain membuat risikan. - fmt



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. PBT x boleh keluar lesen tanpa perakuan dari Polis dulu ... ada faham x? semuanya tertaaluk pada kelulusan polis dlm hal ni.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...