Tuesday, 24 October 2017

Kesan Jho Low Tidak Lagi Relevan Kata Menteri

Kesan Jho Low Tidak Lagi Relevan Kata Menteri. Tuntutan untuk mengesan ahli perniagaan Jho Low yang didakwa terbabit atas beberapa kesalahan jenayah berhubung skandal kewangan dilihat tidak lagi relevan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, mengenai kes itu, pihaknya memang telah kemukakan permintaan kepada Interpol bagi mengesan di mana Jho Low berada.

Kesan Jho Low Tidak Lagi Relevan Kata Menteri. "Kita amat yakin Interpol bertindak dengan profesional, namun setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum peroleh maklumat terperinci daripada Interpol.

"Namun kita yakin apa yang telah dilakukan beberapa pihak di peringkat antarabangsa terutama agensi risikan telah dimuktamadkan dan yakin kes itu telah tidak lagi relevan kecuali dibangkitkan oleh ahli politik yang tidak pernah berpuas hati mengenainya," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang mahukan PDRM mendapatkan khidmat Interpol untuk mengenal pasti kedudukan Jho Low berikutan banyak laporan antarabangsa yang mengaitkannya dengan jenayah perdagangan dan kewangan.

Kesan Jho Low Tidak Lagi Relevan Kata Menteri


Ogos lalu, Mohamed Azmin memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Ketua Polis Negara, bagi menuntut ahli perniagaan Jho Low ditangkap dan didakwa atas beberapa kesalahan jenayah berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Azmin selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melalui peguamnya N Surendran manakala Ketua Polis Negara sebagai responden.

Kesan Jho Low Tidak Lagi Relevan Kata Menteri. Berdasarkan permohonan tersebut, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor itu menuntut satu perintah mandamus (memaksa) yang mengarahkan responden menangkap dan mengemukakan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho di hadapan majistret Malaysia untuk menghadapi tuduhan jenayah di bawah Seksyen 409 dan 420 atau sebarang kesalahan lain. - sinar




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...