Friday, 13 October 2017

Kerajaan Tidak Prihatin Kata Tan Sri

Kerajaan diminta bersikap prihatin terhadap masalah peniaga ketika keadaan ekonomi kurang menggalakkan sejak kebelakangan ini.

Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, ramai peniaga ketika ini merungut kerana kemerosotan perniagaan yang teruk, malah terpaksa menanggung jumlah hutang yang banyak.

"Saya harap pihak kerajaan bersikap prihatin terhadap masalah peniaga. Mereka bukan sahaja perlu menanggung hutang, tetapi juga dikenakan cukai perniagaan yang tinggi.

"Ada juga yang dikenakan denda kerana lewat melunaskan bayaran," katanya seperti dipetik dalam Oriental Daily.

Yin Huah berkata, ketika menjalankan operasi mencari peniaga yang tidak membayar cukai, pegawai penguat kuasa diminta jangan bertindak terlalu agresif ataupun mengenakan hukuman penalti terlalu tinggi.

"Golongan peniaga ini bukan sengaja mengelak cukai, kerana mereka kadangkala menghadapi masalah teknikal sehingga melewatkan pembayaran.

"Memang tidak dinafikan, terdapat segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana cuba memalsukan dokumen dan sebagainya, namun majoriti peniaga sentiasa memberi kerjasama baik kepada pegawai penguat kuasa," katanya. -  sinar



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...