Tuesday, 10 October 2017

Kassim Ahmad Meninggal Dunia

Kassim Ahmad Meninggal Dunia. Sarjana kontroversi Kassim Ahmad meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan koma semalam akibat masalah jangkitan kuman dan jantung tersumbat.

Sarjana kontroversi Kassim Ahmad meninggal dunia di hospital di Kulim Bandar Baru pada usia 84 tahun.

Kassim Ahmad Meninggal Dunia.  Peguam syariah yang mewakilinya dalam kes semakan kehakiman, Rosli Dahlan berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh anak lelaki Kassim, Ahmad Syauqi.

Rosli berkata kesihatan Kassim merosot selepas terheret untuk kes di Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil.

Kassim terkenal sebagai sarjana dan ahli politik kiri yang terpalit dengan dakwaan anti-hadis – dakwaan yang dinafikan sehingga ke hujung hayatnya.

Kassim Ahmad Meninggal Dunia


Di bidang sastera, beliau antara sosok penting yang terlibat dengan politik sastera Islam sekitar 80-an dengan Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad, selain terkenal dengan puisi-puisi yang malar segar.

Di bidang akademik, beliau menjadi sarjana tampil dengan pandangan mengejutkan bahawa Hang Jebat seorang wira sebenar Melayu berbanding Hang Tuah.

Kassim Ahmad Meninggal Dunia.  Jenazah Kassim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kulim, petang ini. - mk



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...