Tuesday, 10 October 2017

Kassim Ahmad Koma

Kassim Ahmad Koma. Kassim Ahmad, 84, hari ini koma selepas menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru dan injap jantung tersumbat 16 September lalu, lapor portal Malay Mail Online.

Anaknya, Ahmad Shauqi, mengesahkan perkara itu dan berkata bapanya dirawat di hospital Kulim sejak pembedahan.

Kassim Ahmad Koma. Menurut laporan itu, Shauqi berkata bapanya mengadu mengalami kesukaran bernafas malam semalam dan terpaksa menggunakan topeng bantuan pernafasan.

Shauqi memberitahu MMO, beliau menerima panggilan dari ahli keluarga sekitar 5.00 pagi tadi memaklumkan Kassim dalam keadaan kritikal dan setibanya di hospital dari Pulau Pinang, dia dalam keadaan koma.

“Saya letakkan kesalahan sepenuhnya pada pihak berkuasa agama dan saya akan pastikan peguam yang pertahankan bapa saya saman mereka – kerana menyebabkan dia trauma. 

Kassim Ahmad Koma


Dia seorang yang terpelajar dan bukan orang yang ganas. 

Dia sangat tenang tetapi sedih sekali apa yang masyarakat lakukan padanya,” kata Shauqi lapor MMO.

Kassim dikenali dengan karya “Hadis: Satu Penilaian Semula”, sebuah kajian kritikal ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam, yang diharamkan kerajaan pada 1986. 

Media melaporkan karyanya diharamkan beberapa bulan selepas diterbitkan manakala pihak berkuasa agama berpendapat penulisan tu mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Kementerian Dalam Negeri pada 2012 dilaporkan mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji semula pengharaman buku itu.

Pada 7 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah membebaskan dan melepaskan Kassim selepas mengarahkan tuduhan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ditarik balik, selepas pihak pendakwaan meminta kes terhadap Kassim Ahmad ditangguhkan kerana ketua pendakwaraya syariah belum dilantik.


Kassim Ahmad Koma


Kassim didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya pada 27 Mac 2014, kerana membentangkan skrip yang didakwa menghina Islam dan mempunyai kaitan dengan buku kontroversi itu yang diharamkan melalui fatwa Wilayah Persekutuan berkenaan golongan anti-hadis, di seminar “Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian ‘Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang'” yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, 16 Februari tahun yang sama.

Beliau memohon semakan kehakiman di mahkamah sivil meminta tindakan Jawi menahan dan mendakwa dirinya diisytiharkan sebagai di luar bidang kuasa agensi itu dan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan di mahkamah syariah itu merupakan kemenangan kedua pertembungannya dengan Jawi, selepas Mahkamah Rayuan pada 21 Disember 2015 membatalkan penahanan dan pendakwaan oleh Jawi.

Kassim Ahmad Koma. Mahkamah sivil memutuskan Kassim, yang menetap di Kedah, tidak tertakluk di bawah fatwa Wilayah Persekutuan kerana penahanan beliau berlaku di luar Wilayah Persekutuan. - fmt





Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...