Thursday, 12 October 2017

Kajian Ini Tamparan Hebat Buat Najib Dan Umno?

Akibat terpaksa menjelaskan pelbagai bil, pinjaman dan cukai, rakyat Malaysia sememangnya tidak mempunyai wang berbaki untuk buat simpanan.

"Walaupun kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata bagi negara ini meningkat 6.2 peratus kepada RM6,958 pada 2016 daripada RM6,141 pada 2014.

"Tetapi jumlah perbelanjaan isu rumah bulanan purata turut meningkat daripada RM3,578 pada 2014 kepada RM4,033 pada 2016, naik sebanyak enam peratus," kata Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group, Datuk Chua Tia Guan.

Menurutnya, bagi golongan rendah dan pertengahan, sudah tentu amat sukar menabung dengan pendapatan kecil, lebih-lebih lagi untuk menandingi kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi.

"Kebanyakan rakyat di negara ini berbelanja melebihi pendapatan. Mereka hanya mampu mengawal perbelanjaan untuk kegunaan tempoh yang singkat, maka sebab itulah tidak mempunyai wang lebih bagi tujuan simpanan," kata pakar ekonomi ini kepada China Press.

Bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, Tian Guan mencadangkan golongan pekerja perlu berusaha dengan lebih gigih, termasuk meningkatkan skil kemahiran, ilmu pengetahuan dan mengubah sikap cara kerja.

"Peranan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti rakyat juga penting kerana apabila ia berlaku, sekali gus akan menambahkan pendapatan negara dan secara langsung pendapatan pekerja (rakyat) pun bertambah," katanya. - sinar




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:


  1. Bila hanya mampu pakai Kancil dah tukar pakai Honda, Bila hanya mampu pakai Honda dah tukar pakai BM atau Mercedes....

    Kalau itu caranya sampai bila nak boleh simpan?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...