Thursday, 5 October 2017

Jamal Yunos Teruk Kena Belasah Dengan Pegawai MB Selangor

Jamal Yunos Teruk Kena Belasah Dengan Pegawai MB Selangor. Pentadbiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini menyifatkan Datuk Seri Jamal Md Yunos “lebih teruk dari orang mabuk” kerana mengganggu gugat urusan di pusat pentadbiran negeri pagi tadi.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata kejadian pagi tadi bukan kali pertama Jamal mencetuskan kekecohan maka pihaknya merasakan perlu membuat laporan polis terhadap Ketua Umno Sungai Besar itu.

Jamal Yunos Teruk Kena Belasah Dengan Pegawai MB Selangor.  “Jamal tak minum tetapi lebih teruk dari orang mabuk,” kata Shuhaimi kepada FMT. “Kita juga mahu polis ambil tindakan terhadap Jamal yang bertindak samseng membawa tukul besi ke SUK.”

“Seharusnya polis mengambil tindakan kerana berulang kali dia melakukan perbuatan ini. Ini kawasan awam dan polis perlu ambil tindakan segera dan bertanggungjawab,” tambahnya.

Jamal membawa 10 kotak berisi kira-kira 100 botol minuman keras ke pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Jamal Yunos Teruk Kena Belasah Dengan Pegawai MB Selangor

Jamal yang tiba bersama kira-kira 10 ahlinya bertindak memecahkan botol minuman keras di pintu pagar utama pusat pentadbiran negeri itu.

Aktiviti pagi tadi itu simbolik bantahan terhadap penganjuran pesta arak di Selangor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata kes disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berhimpun secara haram.

“Saya mengesahkan menerima laporan,” katanya kepada pemberita hari ini.


Jamal Yunos Teruk Kena Belasah Dengan Pegawai MB Selangor


Semalam, Azmin berkata sebuah pesta makanan dan minuman Jerman, yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang minggu depan, boleh dibenarkan asalkan menepati syarat dan peraturan ditetapkan polis serta Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pada Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan penganjuran pesta itu ekoran wujud ancaman militan. - fmt



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...