Wednesday, 11 October 2017

Himpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi Tidak Sama Fastaqim 2.0

Himpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi Tidak Sama Fastaqim 2.0. Himpunan “Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” pada Sabtu ini tidak sama dengan Fastaqim 2.0 anjuran PAS minggu lalu kerana ia mempunyai matlamat berbeza, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden Pakatan Harapan (PH) itu yang yakin jumlah kehadiran boleh mencapai sasaran 100,000 orang berkata, himpunan itu diadakan untuk melawan Barisan Nasional (BN).

Himpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi Tidak Sama Fastaqim 2.0. “Setakat ini, tinjauan kehadiran seperti dirancang boleh mencapai sasaran. Kebetulan hari itu banyak program lain, termasuk Hari Sukan Negara pada sebelah pagi.

“Kita yakin petang mereka nak bersama dalam himpunan boleh datang dan malam ada perlawanan hebat antara Manchester United lawan Liverpool,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM hari ini.

Beliau menjawab soalan adakah jumlah peserta himpunan anti-kleptokrasi itu mampu mengatasi lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS yang menghadiri Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus di Terengganu pada 29 dan 30 September lalu.

Himpunan yang akan diadakan di Padang Timur itu julung kali dianjurkan PH sejak gabungan 4 parti pembangkang itu mengemukakan pendaftaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM), akhir Julai lalu.

Himpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi Tidak Sama Fastaqim 2.0


Kleptokrasi atau negara yang diperintah pencuri, merupakan istilah digunakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikah (DoJ) dalam usaha merampas aset mewah yang didakwa dibeli menggunakan dana diseleweng daripada 1MDB.

Mengulas lanjut, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga yakin golongan muda akan menghadiri himpunan berkenaan, walaupun tinjauan Merdeka Centre mendapati golongan terbabit tidak meminati isu seperti 1MDB.

Presiden Amanah itu berkata, pihaknya sudah memaklumkan penganjuran himpunan itu kepada polis, namun belum mendapat kebenaran daripada mereka.

“Akta Perhimpunan Aman kata perlu memaklumkan kepada polis 10 hari sebelum himpunan. (Makluman) telah dibuat.


Himpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi Tidak Sama Fastaqim 2.0


“Kita belum terima kebenaran, tapi selalunya dibenarkan himpunan seperti ini.”

Mengenai permintaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) membentuk pakatan pilihan raya dengan PH, Mat Sabu berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. - fmt



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...