Friday, 13 October 2017

Himpunan Hapuskan Kleptokrasi : MBPJ Benarkan Tapi Polis Sebaliknya..

Himpunan Hapuskan Kleptokrasi : MBPJ Benarkan Tapi Polis Sebaliknya. Polis tetap dengan pendirian tidak akan mengeluarkan permit untuk penganjuran himpunan anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, walaupun penganjur mendapat lampu hijau daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis menerima 27 laporan sehingga hari ini yang membantah penganjuran himpunan “Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” anjuran Pakatan Harapan.

Himpunan Hapuskan Kleptokrasi : MBPJ Benarkan Tapi Polis Sebaliknya. “Kawasan itu sebenarnya memang berada di bawah kawal selia MBPJ dan kita sedia maklum datuk bandar luluskan untuk mereka berhimpun di padang MBPJ tersebut.

“Tapi pendirian saya tegas…kita tidak akan berganjak, ini berdasarkan banyak faktor yang kita ambil kira termasuk yang terbaharu tidak kurang daripada 27 laporan polis dibuat,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis hari ini.

Fuzi berkata, pihaknya membuat keputusan itu disebabkan faktor lain, iaitu kesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku di sekitar lokasi himpunan.


Himpunan Hapuskan Kleptokrasi : MBPJ Benarkan Tapi Polis Sebaliknya


“Isu trafik juga kita ambil kira, tapi yang pentingnya kita tidak perakukan permohonan permit perhimpunan dan kita sudah sediakan tempat lebih baik selesa dan mudah dikawal, iaitu di Standium Kelana Jaya.

“Jadi, terpulanglah kepada penganjur. Kita punya keputusan tetap dan kita sudah war-warkan keputusan kita.”

Semalam, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata pihaknya selaku pemilik tanah membenarkan himpunan anti-kleptokrasi itu diadakan di Padang Timur.

“Malah, program itu nak adakan perniagaan atau nak buka gerai…kita benarkan. Kita bagi permit,” katanya.


Himpunan Hapuskan Kleptokrasi : MBPJ Benarkan Tapi Polis Sebaliknya


Rabu lalu, Fuzi mencadangkan penganjur menukar lokasi himpunan ke Stadium Kelana Jaya memandangkan Padang Timur hanya boleh memuatkan 10,000 peserta, selain aduan penduduk setempat yang bimbang dengan masalah kesesakan lalu lintas. - fmt



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...