Tuesday, 17 October 2017

Himpunan Anti Kleptokrasi Gagal.. Ini Buktinya?

Himpunan Anti Kleptokrasi Gagal.. Ini Buktinya? Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pemidato utama dalam himpunan “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu lalu.

Melihat perhimpunan ini, dapat dirasakan ia disertai lebih oleh para penyokong tegar dan aktivis PH, bukannya orang ramai dari kalangan pengundi biasa. Maka perhimpunan itu adalah penegasan semangat dan solidariti penyokong PH.

Himpunan Anti Kleptokrasi Gagal.. Ini Buktinya?  Ia tidak seperti perhimpunan Bersih yang menyaksikan kehadiran orang ramai dari kalangan pengundi biasa. Kalau semasa perhimpunan Bersih, mereka mengenakan pakaian baju kuning, di perhimpunan ini, mereka memakai baju merah. Tidakkah semasa perhimpunan Bersih dahulu, merah ini adalah warna baju pihak yang menentang Bersih?

Kehadiran PPBM mewarnai PH. Pengaruh parti itu juga menyebabkan warna rasmi PH ialah merah, iaitu warna PPBM. Sebagai parti serpihan Umno, parti itu mengekalkan warna merah.

Bagaimanapun, di kalangan parti PH yang turut mempunyai warna merah pada bendera mereka ialah PKR dan DAP.

Pada generasi yang menentang Dr Mahathir, baik dari kalangan penyokong DAP, PKR dan Parti Amanah yang dahulunya PAS, tentulah ia mengambil masa dan perasaan untuk menerima kepimpinannya.

Bersama Dr Mahathir di pentas ialah pemimpin utama PH termasuk presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu. Semua pemimpin itu juga mewakili parti masing-masing iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah. Yang tentunya tidak dapat hadir ialah Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seorang pemimpin amat penting bagi PH tetapi bukan anggota Majlis Presiden iaitu Lim Kit Siang, turut hadir.

Himpunan Anti Kleptokrasi Gagal.. Ini Buktinya? 


Tetapi PH masih belum dapat didaftarkan. Maka secara rasmi, mereka berada di situ menurut jawatan parti masing-masing. Dr Mahathir ialah pengerusi PPBM, Dr Wan Azizah presiden PKR, Guan Eng setiausaha agung DAP, Mohamad Sabu ialah presiden Amanah dan Kit Siang ialah ketua Parlimen DAP.

Pada hakikatnya, bagaimanapun, 3 pemimpin paling utama tanpa mengira jawatan mereka ialah Anwar, Dr Mahathir dan Kit Siang. Dalam perhimpunan itu, Dr Mahathir menjadi pemimpin paling utama kerana beliau memegang jawatan tertinggi dalam PH dan dapat hadir dalam acara itu.

Kehadiran beliau sebagai pemimpin utama pihak pembangkang adalah kerana kesungguhan beliau untuk menentang kerajaan Barisan Nasional (BN). Rasional penubuhan PPBM ialah melawan kleptokrasi yang dikaitkan dengan isu 1MDB dan kerajaan BN.

1MDB kemuncak kleptokrasi

Tetapi kleptokrasi itu adalah lebih daripada soal 1MDB. Walaupun perkataan itu mula diambil daripada ucapan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tetapi konsep itu menggambarkan suatu budaya yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Umno.

Apa yang berlaku pada 1MDB adalah hanya dianggap sebagai satu kemuncak budaya kleptokrasi itu. Apa yang dimaksudkan dengan budaya kleptokrasi adalah bukan saja korupsi tetapi juga penyelewengan dan ketirisan. Mungkin ia tidak melanggar undang-undang, serta mematuhi peraturan pentadbiran tetapi dari segi moral dan nilai amanah wang rakyat, ia tidak dapat diterima.

Ia berbentuk penggunaan dana awam yang diperuntukkan untuk sesuatu projek, sementara yang memperoleh manfaatnya adalah syarikat berkaitan dengan ahli-ahli politik BN. Atau sekurang-kurangnya dana ini disalurkan kepada parti BN untuk aktiviti politik mereka, tetapi buat waktu yang sama, ia juga memenuhi kepentingan peribadi.

Fenomena ini boleh dikatakan berkembang melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang pada mulanya berjalan dengan jujur tetapi setelah berdekad-dekad berlaku, maka pelbagai kisah negatif mula kedengaran.

Walaupun tidak ada kajian khusus terhadap fenomena ini, namun ia seolah-olah sudah menjadi rahsia umum yang diketahui oleh orang ramai. Keadaan ini menyebabkan kelunturan keyakinan di kalangan orang ramai.

Dr Terence Gomez, ahli akademik Universiti Malaya, banyak membuat kajian terhadap hubungan syarikat di Malaysia yang berkait dengan parti politik BN sejak DEB. Ia jadi satu bidang khusus dalam ekonomi politik Malaysia.

PPBM selaku parti yang anggotanya adalah bekas Umno, dengan pengerusinya adalah bekas presiden Umno dan presidennya adalah bekas timbalan presiden Umno, tentu lebih mengetahui dan faham dengan fenomena ini, lebih daripada parti lain dalam PH seperti DAP dan Amanah.

Bagi aktivis PKR yang pernah menjadi ahli Umno, mereka juga mungkin lebih faham tentang perkara ini.

Tetapi bagi orang ramai, termasuk penjawat awam dan wartawan, ia hanya menjadi kisah yang hanya dibicarakan di depan teh tarik. Kecuali mereka yang berdepan dan mengalami sendiri fenomena ini.

Kalaulah isu 1MDB tidak timbul, maka soal kleptokrasi pun tidak ada. Jika itu berlaku tentunya PPBM tidak ditubuhkan. Andainya keadaan itu berlaku, maka PH kekal dianggotai 3 parti saja iaitu PKR, DAP dan Amanah.

Jika keadaan itu yang berlaku, pemimpin utama masih Anwar tetapi yang perlu tampil ke depan seperti dalam perhimpunan itu ialah Dr Wan Azizah. Tanpa isu 1MDB, slogan perhimpunan itu tidaklah menjadi “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi”. Mungkin perhatian PH adalah terhadap kesusahan hidup seharian rakyat. Mungkin slogannya menjadi “Sayangi Malaysia, Hapus GST” atau isu-isu lain berkaitan dengan kebajikan rakyat.

Himpunan Anti Kleptokrasi Gagal.. Ini Buktinya? 


Begitu juga, andai kata PAS masih bersama dengan PKR dan DAP, maka Pakatan Rakyat terus wujud dengan Amanah tidaklah ditubuhkan. Kewujudan Amanah adalah semata-mata kerana menolak perbalahan PAS dengan DAP yang membawa kepada kemusnahan Pakatan Rakyat.

Andai kata Pakatan Rakyat masih wujud tentulah di atas pentas, pemimpin yang berdiri di atas pentas itu ialah Dr Wan Azizah, Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS.

Kit Siang tetap akan ada. Tetapi perjuangan Pakatan Rakyat adalah “Reformasi”. Begitu jugalah perjuangan PH sebelum kemasukan PPBM.

Gagasan Reformasi ini adalah lebih luas daripada menentang korupsi, kolusi dan nepotisme. Parti Keadilan Nasional bukan hanya mahu memperjuangkan keadilan untuk Anwar. Apa yang dimaksudkan dengan keadilan itu bukan saja keadilan awam tetapi juga keadilan politik dan keadilan sosial. Sementara Reformasi pula adalah usaha pembaharuan dalam masyarakat, iaitu dalam pelbagai bidang, bukan saja politik, ekonomi dan sosial, malahan budaya. Gagasan Reformasi ini belum dapat benar-benar difahami oleh masyarakat.

Apa yang difahami oleh masyarakat, ia hanya berupa bentuk persaingan personaliti politik antara Anwar dan Dr Mahathir. Kini apabila Dr Mahathir dan Anwar adalah sepakatan, maka persaingan mereka adalah dengan Datuk Seri Najib Razak.

Masyarakat lebih mudah memahami persaingan personaliti politik daripada kandungan perjuangan seperti idealisme, ideologi dan etika. Untuk memahami apakah itu demokrasi dan kleptokrasi, ia memerlukan pencernaan intelektual.

Himpunan Anti Kleptokrasi Gagal.. Ini Buktinya? Tetapi umumnya, warganegara tahap purata (average citizens) hanya mengikut dendangan emosi politik menurut rentak propaganda media, khususnya pada masa ini, ialah media sosial. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...