Monday, 16 October 2017

Hanya 17% Rakyat Malaysia Percaya Kandungan Media Sosial

Hanya 17% Rakyat Malaysia Percaya Kandungan Media Sosial. Satu kajian yang dijalankan sebuah agensi penyelidikan dunia mendapati rakyat Malaysia skeptikal dengan kandungan dalam talian kerana hanya 17% pengguna internet di negara ini mempercayai kandungan dalam media sosial.

Kajian “Connected Life 2017” yang dijalankan Kantar TNS mendapati rakyat Malaysia menghabiskan 7.2 jam melayari internet setiap hari, tetapi jenama global menghadapi kesukaran berhubung dengan pengguna Malaysia yang tidak mempercayai kandungan dalam talian dan ragu-ragu dengan niatnya.

Hanya 17% Rakyat Malaysia Percaya Kandungan Media Sosial. Kajian yang dijalankan ke atas 70,000 responden di 56 negara bagi mengkaji kepercayaan pengguna terhadap jenama dari segi teknologi, kandungan, data dan e-dagang menunjukkan hanya 41% pengguna internet di Malaysia mempercayai jenama global berbanding 54% di Vietnam.

Keadaan bagaimanapun berbeza di negara lain dalam rantau ini, di mana 59% pengguna internet di Filipina dan 61% responden di Indonesia mempercayai kandungan dalam talian.

Hampir satu pertiga atau 31% responden bimbang sejauh mana rangkaian media sosial mempunyai kawalan ke atas kandungan yang dibaca di laman mereka.

Kajian itu juga menunjukkan rakyat Malaysia berhati-hati dengan data peribadi yang dikongsi dalam talian kerana 51% responden bimbang jenama global memperolehi data peribadi mereka berbanding 33% responden di seluruh Asia Tenggara.

Hanya 17% Rakyat Malaysia Percaya Kandungan Media Sosial


“Jika dibandingkan dengan negara-negara membangun di rantau ini, pengguna di Malaysia tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca di internet dan kurang selesa dengan jenama yang mengumpulkan data peribadi mereka.

“Jenama perlu lebih menonjol dan menunjukkan nilai yang mampu menambah baik kehidupan pengguna jika mahukan kepercayaan mereka, di samping memastikan saluran ini digunakan untuk perbincangan lebih bermakna berkaitan jenama,” kata Pengarah Urusan Kantar TNS Malaysia, MC Lai dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun kemajuan teknologi memudahkan kehidupan, namun 38% pengguna internet berusia 16 hingga 25 tahun di Malaysia merasakan mereka terlalu banyak menggunakan telefon dan tidak mahu berhubung dengan peranti yang boleh memantau aktiviti mereka, berbanding 15% di Indonesia.

Wang tunai ternyata masih menjadi pilihan rakyat Malaysia, di mana hanya 29% pengguna internet di negara ini bersedia membeli produk menggunakan telefon pintar, tetapi 39% enggan berbuat demikian.

Hanya 17% Rakyat Malaysia Percaya Kandungan Media Sosial


“Jadi, penyelesaian inovatif yang memberi kemudahan kepada pengguna diperlukan sebelum mereka berasa yakin untuk beralih kepada pilihan pembayaran baru,” kata Kantar TNS.

Ketua Penyelesaian Ketersambungan Global Kantar TNS, Michael Nicholas menyarankan jenama lebih telus mengenai cara pengumpulan dan penggunaan data peribadi pelanggan.

Hanya 17% Rakyat Malaysia Percaya Kandungan Media Sosial. “Untuk membina dan melindungi kepercayaan pengguna, jenama perlu mengutamakan pelanggan meraka. Ini bermakna jenama perlu memahami motivasi, mengetahui masa yang sesuai untuk berhubung dengan mereka dan menghormati masa pelanggan.” - fmt





Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...