Sunday, 29 October 2017

BN Yakin Bajet Pilhanraya Dapat Gula-Gulakan Rakyat

BN Yakin Bajet Pilhanraya Dapat Gula-Gulakan Rakyat. Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yakin “belanjawan pilihan raya” yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam akan membawa mereka kepada kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Bajet 2018 mencerminkan kedudukan BN sebagai pemerintah yang lebih baik dan mengakui bajet mempunyai ‘insentif’ pilihan raya bagi rakyat, lapor The Sun.

BN Yakin Bajet Pilhanraya Dapat Gula-Gulakan Rakyat.  “BN kini berharap untuk (kemenangan dalam) PRU14 kerana peruntukan bajet meliputi semua segmen masyarakat,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein bercanggah dengan tanggapan Rahman sambil mengatakan Bajet 2018 bukanlah belanjawan pilihan raya.

“Bajet ini tidak dilakukan untuk menggembirakan rakyat atau membeli undi, tapi memberi rakyat apa yang mereka perlukan,” kata beliau.

Menteri Kesihatan dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menyifatkannya sebagai bajet “fenomenal” untuk masyarakat India.

Beliau berkata, peningkatan kuota tujuh peratus bagi kaum India di universiti awam dan perkhidmatan awam adalah langkah yang telah lama diharapkan oleh masyarakat.


BN Yakin Bajet Pilhanraya Dapat Gula-Gulakan Rakyat


“Kami telah bercakap mengenai setiap tahun di mesyuarat agung tahunan MIC. Ia akhirnya berlaku,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini adalah “bajet terbaik setakat ini.”

Beliau berkata, kerajaan terus realistik dalam menentukan dasar ekonomi negara dengan memastikan semua komitmen yang dibuat akan dipenuhi.

“Saya juga berterima kasih kepada 3 lagi mahkamah khas untuk jenayah seksual kanak-kanak yang akan ditubuhkan,” katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata belanjawan itu benar-benar menangani kerisauan rakyat.


BN Yakin Bajet Pilhanraya Dapat Gula-Gulakan Rakyat


Mengambil kira pengecualian tol Batu Tiga dan Sg Rasau di Selangor, kata beliau, perkara itu sudah lama disuarakan.

“Kedua-dua tol itu bukan sahaja menimbulkan masalah kepada rakyat secara kewangan tetapi juga menyebabkan kesesakan di lebuh raya persekutuan. Kerajaan telah memahami perkara ini dan kini menunaikannya,” kata beliau. - fmt




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...