Monday, 2 October 2017

Berita Dari Selangor Yang Tak Disiarkan Buletin Utama TV3?

Berita Dari Selangor Yang Tak Disiarkan Buletin Utama TV3? Datuk Seri Azmin Ali berkata, pihaknya terpaksa memotong peruntukan untuk jabatan kerajaan di negeri itu bagi memastikan program pembangunan dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan.

“Banyak jabatan kerajaan kemuka bajet untuk pelbagai tujuan, tapi saya telah beritahu tujuan pengubahsuaian pejabat, membeli kereta baru, keraian semua akan kita potong kerana kita nak gunakan setiap sen duit rakyat untuk pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor.

Berita Dari Selangor Yang Tak Disiarkan Buletin Utama TV3? “Saya tahu ia satu keputusan sukar, pegawai bekerja kuat bangunkan negeri, tapi saya percaya pegawai amat faham ini bukan masanya untuk kita beli kenderaan baru, ubai suai pejabat kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis menyemarak inisiatif peduli rakyat dan ramah mesra bersama menteri besar Selangor di Masjid Al-Khairiyah, Gombak, hari ini.

Azmin berkata, sejak dilantik sebagai menteri besar Selangor 3 tahun lalu, beliau juga tidak pernah mengubah suai pejabatnya yang sebelum ini diduduki Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Saya sendiri sudah 3 tahun duduk dalam pejabat menteri besar, saya tak tukar apa pun dalam pejabat saya.

“Bagaimana kerusi Khalid ketika itu, itulah kerusi yang saya pakai. Itulah meja, itulah perabot yang saya pakai kerana saya tidak ada hak untuk mendapat kekayaan yang terlalu mewah kerana ia milik rakyat, bukan milik saya sebagai menteri besar,” katanya.

Berita Dari Selangor Yang Tak Disiarkan Buletin Utama TV3?


Dalam perkembangan lain, Azmin menasihatkan pihak pengurusan masjid tidak terlalu mengharapkan bantuan kerajaan, sebaliknya perlu berdikari dalam membangunkan rumah ibadat umat Islam.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, lawatannya ke Masjid Jama di New Delhi, India mendapati masjid itu dibangunkan hasil sumbangan anak kariah dan umat Islam tempatan tanpa bantuan wakil rakyat.

“Saya tanya nazir masjid, ada tak minta peruntukan daripada wakil rakyat kawasan, dia kata tidak payah kerana umat Islam dan anak-anak kariah menyumbang sebegitu besar kepada pembangunan masjid.

Berita Dari Selangor Yang Tak Disiarkan Buletin Utama TV3? “Ini adalah mesej untuk Selangor. Kadang-kadang belum wakil rakyat memijak masuk ke dalam masjid, surat dah sampai…tapi tidak mengapa, itu adalah tanggungjawab saya dan negeri Selangor untuk membangunkan masjid dan surau di Selangor dan itulah kekuatan tamadun di negara kita,” katanya. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...