Thursday, 12 October 2017

Azmin Ali Tolak Politik Longkang

Azmin Ali Tolak Politik Longkang. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor untuk menolak gutter politics atau politik longkang bagi menjamin perpaduan dalam negara.

Beliau berkata, politik longkang dimaksudkan adalah termasuk budaya samseng serta fahaman rasis.

Katanya, amat penting untuk rakyat bersama-sama membangunkan sebuah bangsa yang bermaruah, berwibawa dan menghormati nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

Azmin Ali Tolak Politik Longkang. "Ia juga selari dengan pendirian tegas Raja-raja Melayu berhubung isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama termasuk penegasan mengenai keperluan memahami dan menghormati prinsip-prinsip murni yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutan.

"Pendirian Raja-raja Melayu adalah ibarat cahaya yang menyuluh serta memimpin rakyat mendepani cabaran termasuk menjawab tindakan melampau individu dan kumpulan yang mengugat kestabilan serta keharmonian masyarakat majmuk," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, Raja-raja Melayu bimbang selepas timbul tindakan individu tertentu bersifat keterlaluan yang dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian hubungan antara rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Azmin Ali Tolak Politik Longkang


Menurutnya, Raja-raja Melayu memandang berat isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Mohamed Azmin berkata, umat Islam dan rakyat Malaysia juga perlu menjunjung pedoman Raja-raja Melayu tentang sifat Islam yang toleran, sederhana dan inklusif.

"Pedoman Raja-raja Melayu menzahirkan keutuhan institusi raja berperlembagaan dan peranan signifikan Raja-raja Melayu sebagai suara nurani dan aspirasi rakyat.

Azmin Ali Tolak Politik Longkang. "Justeru, saya ingin menyatakan bahawa prinsip-prinsip toleransi, kesederhanaan dan keharmonian yang disegarkan dan ditegaskan semula oleh Raja-raja Melayu akan terus menjadi tiang seri kerajaan negeri Selangor," katanya. - sinar




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...