Monday, 30 October 2017

Apabila Ahmad Maslan Bersuara

Apabila Ahmad Maslan Bersuara. Kempen media sosial oleh Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Media Sosial Umno bukan bertujuan menyebarkan fitnah sebaliknya menyebarkan maklumat tepat dan berfakta kepada rakyat, kata Pengerusinya Datuk Ahmad Maslan.

Bagi meraih keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), beliau berkata jawatankuasa itu menggunakan pelbagai pendekatan termasuk kempen media sosial dengan menampilkan video pendek, infografik, keratan akhbar, karikatur serta poster tentang Umno.

Apabila Ahmad Maslan Bersuara. Beliau berkata jawatankuasa berkenaan sedang diperluaskan sehingga ke peringkat cawangan bagi memperkuat jentera siber Umno dalam menangkis serangan fitnah pembangkang.

“Sebelum ini, kita menubuhkan Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat dan Media Sosial Umno di peringkat bahagian di seluruh negara dengan setiap bahagian mempunyai 40 ahli.

Dalam masa berbaki (sebelum PRU14) ini, saya harap biro jentera ini giat menggandakan usaha untuk memperluaskannya,” katannya.

Apabila Ahmad Maslan Bersuara


Ahmad yang juga timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat IT dan Dialog Khas PRU14 Umno Bahagian Pasir Salak di Chenderong Balai hari ini.

Selain itu, beliau berkata Konvensyen Media Sosial Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 4 November ini dan dijangka dirasmikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Apabila Ahmad Maslan Bersuara. Konvesyen itu akan menghimpunkan lebih 2,000 ahli jentera IT Umno di setiap bahagian bagi persediaan menghadapi PRU14. - fmt





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...