Thursday, 26 October 2017

Analisis Mengerikan Kemampuan Kewangan Rakyat Malaysia

Analisis Mengerikan Kemampuan Kewangan Rakyat Malaysia Malaysia adalah sebuah negara yang meningkat dewasa, dan menjelang 2035, jumlah penduduk berusia lebih daripada 65 orang akan menjadi 15 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhan.

Simpanan KWSP semasa untuk sebahagian besar rakyat Malaysia hampir tidak cukup untuk menampung kehidupan selepas bersara. Sementara itu, jangka hayat rakyat semakin meningkat.

Analisis Mengerikan Kemampuan Kewangan Rakyat Malaysia. Jangka hayat pada tahun 2015 adalah 72.5 tahun untuk lelaki dan 77.4 tahun untuk wanita.

Dengan mengandaikan seseorang hidup hingga 75, tanpa perbelanjaan perubatan besar dan hutang yang belum dijelaskan, purata simpanan sebanyak RM194,000 bermula dari umur 55 tahun akan menyaksikan mereka cuma mempunyai RM25 sehari, atau hanya RM810 sebulan.

Sudah tentu, analisis kasar ini tidak mengambil kira banyak faktor lain, tetapi gambaran itu jelas mengerikan.

Pada tahun ini, KWSP menaikkan sasaran simpanan minimum menjelang umur 55 tahun dari RM197,000 kepada RM228,000. Tetapi hanya 18 peratus ahli yang mempunyai jumlah berkenaan.

Ini jauh lebih rendah daripada sasaran KWSP untuk memastikan sekurang-kurangnya separuh ahlinya memenuhi tahap minimum menjelang 2021.

Analisis Mengerikan Kemampuan Kewangan Rakyat Malaysia


Pulangan rendah dan pengeluaran pelaburan yang dibenarkan - untuk perumahan, kesihatan dan pendidikan - menyaksikan semakin kecil tabungan untuk hari tua.

Sehingga 2015, lebih daripada dua pertiga (68 peratus) ahli KWSP berusia 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.

Dengan garis talian kemiskinan isi rumah ditetapkan pada RM930 sebulan, simpanan RM50,000 hanya akan bertahan 4.5 tahun. Satu perlima golongan bawahan ahli KWSP mempunyai simpanan purata hanya RM6,909!

Menurut KWSP, 70 peratus ahli yang mengeluarkan simpanan mereka pada usia 55 tahun menghabiskan wang berkenaan kurang daripada sepuluh tahun selepas bersara. Oleh itu, simpanan KWSP tidak memadai untuk terjerumus ke kancah kemiskinan selepas bersara.

Terdapat 32 juta orang di Malaysia, dengan 69 peratus daripada penduduk dalam lingkungan “usia bekerja” antara 15 dan 65. Namun hanya 48 peratus daripada 14.5 juta ini yang berada dalam tenaga buruh mempunyai akaun KWSP yang aktif.

Analisis Mengerikan Kemampuan Kewangan Rakyat Malaysia


Kira-kira satu persepuluh berkhidmat dengan kerajaan persekutuan dan layak mendapat pencen, menyumbang kepada dana pencen lain, seperti Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ramai yang tidak dilindungi. Banyak pekerja, di sektor tidak formal seperti pekerja sambilan, tidak mempunyai akaun KWSP yang aktif, sementara ramai lagi di sektor pertanian dan sektor tidak formal bekerja sendiri.


Jomo KS
Ahli Ekonomi




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...