Wednesday, 18 October 2017

Alasan Sebenar PAS Tangguh Bentang RUU355 Tersebar?

Alasan Sebenar PAS Tangguh Bentang RUU355 Tersebar? Alasan Pas mahu menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) di Parlimen sehingga selepas PRU14 disifatkan tidak masuk akal.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, penangguhan tersebut hanya akan menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak berkaitan pembentangan RUU tersebut.

Alasan Sebenar PAS Tangguh Bentang RUU355 Tersebar?  “Mengapa nak tangguh dan main tarik tali lagi? Apabila sudah dibentangkan ia juga perlu diberi penerangan dan penyelesaian.

“Alasan digunakan Pas yang mahu bertanding di 100 kawasan untuk memastikan RUU355 diluluskan di Dewan Rakyat sama sekali tidak masuk akal.
"Kalau memang itu alasannya, saya mahu cadangkan Pas bertanding di 222 kawasan kerana lagi mudah bagi mereka laksanakan RUU355 nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed membayangkan Pas berkemungkinan membawa RUU 355 ke Parlimen hanya selepas PRU14.

Ini kerana katanya, Pas perlu mengambil kira beberapa aspek dalam isu RUU355 memandangkan PRU14 semakin dekat.


Alasan Sebenar PAS Tangguh Bentang RUU355 Tersebar? 


Mengulas lanjut mengenainya Abdullah Sani berkata, pembentangan pindaan RUU355 sepatutnya disegerakan supaya penjelasan mengenainya dapat dilakukan.

“Sekurang-kurangnya jika pembentangan diadakan di Parlimen pada sesi Oktober ini, semua pihak akan lebih jelas mengenai pendirian dan kaedah-kaedah yang diambil untuk memartabatkan undang-undang patuh syariah ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam (Amanah), Khalid Samad pula menyalahkan Umno kononnya parti itu yang memberi arahan kepada Pas supaya menangguhkan pembentangan RUU itu.

Alasan Sebenar PAS Tangguh Bentang RUU355 Tersebar?  


“Kita kesian dengan Pas kerana terpaksa mengikut skrip ditetapkan oleh Umno. Walaupun telah bersusah payah bawa RUU355  ini ke Parlimen, tapi sekarang bila Umno kata jangan bawa, mereka terpaksa akur.

“Jika kita lihat sekarang, pembentangan RUU 355 setakat ini sudah tiga kali ditangguhkan. Pembentangan itu juga tidak dibuka untuk dibahaskan,” katanya. - sinar




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...