Monday, 16 October 2017

8 Orang Ditahan SPRM Siasat Seleweng Dana Pembangunan Luar Bandar Sabah

8 Orang Ditahan SPRM Siasat Seleweng Dana Pembangunan Luar Bandar Sabah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

Menurut sumber, lelaki berumur 33 tahun yang juga seorang ahli perniagaan itu ditahan kira-kira 5.15 petang tadi, ketika hadir memberi kenyataan di pejabat SPRM Sabah.

Sumber itu berkata, ahli perniagaan berkenaan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam politik.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.


8 Orang Ditahan SPRM Siasat Seleweng Dana Pembangunan Luar Bandar Sabah


Dengan penahanan itu, jumlah individu yang ditahan SPRM, termasuk yang sedang direman dan dibebaskan dengan ikat jamin SPRM setakat ini ialah 8 orang. - fmt



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...