Monday, 30 October 2017

5 Cawangan Pasaraya Giant Akan Ditutup 5 November

5 Cawangan Pasaraya Giant Akan Ditutup 5 November. 5 Pasaraya Giant ditutup serentak pada 5 November. Namun jurucakap syarikat terbabit, dilaporkan enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengapa perjanjian pajakan berkenaan tidak disambung. Jurucakap itu juga tidak mahu mengulas berhubung nasib pekerja-pekerja di lima premis tersebut.

Penutupan itu berlaku kerana sektor runcit Malaysia menghadapi kelembapan jualan pada suku kedua tahun ini berbanding 3 bulan pertama tahun 2017 lapor TMI.

5 Cawangan Pasaraya Giant Akan Ditutup 5 November. Walaupun jualan runcit berkembang pada kadar 4.9 peratus dari bulan April hingga Jun, membalikkan prestasi buruk jualan dari Januari hingga Mac apabila jumlah jualan merosot 1.2 peratus tahun ke tahun, pemain industri berkata peningkatan itu hanya sementara yang dijana oleh perbelanjaan untuk sambutan Hari Raya.

Kelemahan dijangka akan berterusan sepanjang tahun ini kerana pengguna mula berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Subsektor Pasaraya dan Hypermarket menunjukkan penurunan yang lebih buruk daripada jangkaan dalam keadaan pertumbuhan 4.8 peratus pada suku pertama tahun 2017 — paling teruk di kalangan subsektor runcit lapor TMI lagi.

5 Cawangan Pasaraya Giant Akan Ditutup 5 November


Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendedahkan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015 telah menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka menutup operasi. - milo suam

Baca lanjut — The Malaysian Insight





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...