Sunday, 8 October 2017

4 Beranak Mati Mungkin Masalah Kewangan

4 Beranak Mati Mungkin Masalah Kewangan. Pihak polis tidak menolak kemungkinan kematian suami isteri dan 2 anak mereka di rumah mereka di Rini Residence, Mutiara Rini di sini kelmarin mempunyai kaitan dengan masalah kewangan dan penyakit yang dihadapi si isteri tersebut.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan penuh bagi menyokong siasatan berhubung punca kejadian berkenaan.

4 Beranak Mati Mungkin Masalah Kewangan.  “Setakat ini pihak polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah lain hasil pemeriksaan dan siasatan di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati terdapat 2 isu berhubung kejadian berkenaan, yang pertama adalah disebabkan faktor tekanan kewangan dan kedua adalah kerana keadaan si isteri yang tidak sihat.

“Bagaimanapun kita masih menunggu laporan penuh bagi menyokong andaian tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

4 Beranak Mati Mungkin Masalah Kewangan


Dalam kes itu, si suami yang berumur 53 tahun ditemukan mati tergantung di dalam rumah manakala anak lelakinya yang berumur 14 tahun dan anak perempuannya yang berumur 9 tahun ditemukan mati dengan kesan jerut.

4 Beranak Mati Mungkin Masalah Kewangan.  Si isteri tersebut yang berumur 46 tahun pula dipercayai sakit dan ditemukan mati di atas katil. - fmt



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...