Monday, 30 October 2017

3 Billion Untuk Kos Upacara Persemadian Raja Bhumibol

3 Billion Untuk Kos Upacara Persemadian Raja Bhumibol. Raja Maha Vajiralongkorn mengetuai satu upacara menyemadikan abu jenazah mendiang ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej di dua wat Buddha bersejarah pada Ahad, menandakan berakhirnya upacara persemadian diraja selama lima hari dan perkabungan selama setahun.

Upacara persemadian diraja yang dianggarkan menelan belanja 3 bilion Baht (RM370 juta) bermula Rabu lepas, merupakan upacara persemadian yang penuh dengan adat istiadat dalam sejarah Thailand.

3 Billion Untuk Kos Upacara Persemadian Raja Bhumibol. Dua kendi mengandungi abu jenazah mendiang Raja Bhumibol dipindahkan dari Grand Palace dengan perarakan diraja disertai pasukan askar berkuda diketuai oleh anakanda Raja Maha Vajiralongkorn, Puteri Sirivannavari Nariratana, seorang pemenang pingat dalam acara ekuestrian di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Sepanjang perarakan, kendi abu jenazah itu dipegang oleh Raja Maha Vajiralongkorn dan adindanya, Puteri Maha Chakri Sirindhorn di dalam sebuah kenderaan diraja, disaksikan oleh ribuan orang ramai yang berkabung dan memenuhi sepanjang jalan menuju ke wat itu.

3 Billion Untuk Kos Upacara Persemadian Raja Bhumibol


Mendiang Raja Bhumibol mangkat pada 13 Oktober tahun lepas, mengakhiri pemerintahannya selama tujuh dekad.  Berikutan kematian baginda, anakanda baginda, Raja Maha Vajiralongkorn diisytiharkan sebagai raja baharu Thailand pada akhir tahun lepas. – bernama




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...