Friday, 22 September 2017

Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim Didakwa Guna Dan Miliki Dadah

Gambar fail
Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim Didakwa Guna Dan Miliki Dadah. Kerabat Diraja Johor, Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini atas tiga pertuduhan iaitu menggunakan dadah jenis methamphetamine dan memiliki dadah jenis sama serta ganja (kanabis), Jun lepas.

Tertuduh yang berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim Didakwa Guna Dan Miliki Dadah. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengunakan dadah jenis methamphetamine di Balai Polis Bandar Utama, di Petaling Jaya, pada 2.20 pagi, 4 Jun lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan Seksyen 38B akta serupa yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali dan diwajibkan selama dua tahun pengawasan polis, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa memiliki dadah jenis ganja seberat 0.9 gram dan methamphetamine seberat 0.15 gram di sebuah rumah di Kondominum Ritz Perdana 2, Bandar Damansara Perdana, di sini, pada 12 tengah hari, tarikh sama.


Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim Didakwa Guna Dan Miliki Dadah


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6, ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca mengikut Seksyen 34 akta serupa yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Sementara itu, rakannya, Puteri Nur Zawani Mohd Rasid, 33, turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan sama iaitu memiliki ganja dan methamphetamine di tempat, masa dan tarikh sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsaalna Zainal Abidin menawarkan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan yang dihadapi kedua-dua tertuduh.

Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim Didakwa Guna Dan Miliki Dadah


Bagaimanapun, peguam Datin Raj Preet Kaur, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan rendah atas alasan mereka tiada niat untuk melarikan diri.

Mahkamah membenarkan Tunku Alang Reza diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan Puteri Nur Zawani RM3,000 serta menetapkan 31 Okt ini untuk sebutan semula kes. - bernama



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...