Monday, 11 September 2017

Timbalan Mufti Dituduh Berpolitik Dalam Masjid

Timbalan Mufti Dituduh Berpolitik Dalam Masjid. "Tuduhan yang dilemparkan tidak berasas sama sekali," itu penjelasan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berhubung satu status yang dimuat naik seorang individu mendakwa beliau menggunakan khutbah Jumaat sebagai medium propaganda politik.

Beliau berkata, khutbah yang dibacakan adalah teks yang dibekalkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) untuk seluruh masjid di Perak.

Timbalan Mufti Dituduh Berpolitik Dalam Masjid. Katanya, khutbah di negeri ini disediakan oleh Jawatankuasa Khutbah Negeri yang mana Setiausahanya adalah Imam Besar Masjid Negeri.

"Khutbah disediakan oleh jawatankuasa ini setelah dirujuk dari sudut kandungannya kepada Pengarah Jaipk ataupun timbalannya dan akan disemak rukun dan nas nya oleh jabatan mufti.

"Bukan saya yang tulis khutbah sebaliknya tuduhan itu langsung tidak berasas dan seharusnya sebarang tuduhan atau dakwaan perlulah merujuk kepada fakta yang betul," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Timbalan Mufti Dituduh Berpolitik Dalam Masjid


Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan menerusi laman Facebook yang dimuat naik oleh seorang individu yang mengatakan Zamri sebagai khadam Umno dan Pas kerana menjadikan khutbah sebagai alat propaganda politik murahan politik mereka.

Menurut status berkenaan, khutbah tersebut mengandungi sindiran dan tuduhan rambang terhadap parti Amanah yang kononnya menggunakan konsep 'rahmatan lil alamin' sebagai alasan menjadi pak turut kepada rakan-rakan yang memusuhi Islam.

Timbalan Mufti Dituduh Berpolitik Dalam Masjid. Dalam perkembangan sama, Zamri turut menjelaskan bahawa khutbah tersebut langsung tidak menyebut mana-mana parti politik dan tidak seharusnya mana-mana pihak mengaitkannya dengan parti-parti politik tertentu.  - sinar



Iklan
ImageImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Sayang sekali artikal di atas tidak memuatkan sedutan teks yg didakwa berpolitik itu.

    Jadi, kita pembaca tk boleh terpinga-pinga kerana tak tau di mana hujung dan di mana pangkal yg mengatakan ada unsur politik dlm khutbah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...