Wednesday, 27 September 2017

Suspek Bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Didakwa Esok

Suspek Bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Didakwa Esok. Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bersyukur 7 suspek yang ditahan dalam kejadian kebakaran pusat tahfiznya akan didakwa di mahkamah esok.

Muhammad Zahid Mahmod menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menentukan bentuk hukuman yang akan diambil terhadap remaja terbabit.

Suspek Bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Didakwa Esok. “Saya harap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah sempurna di dunia ini dan diakhirat,” katanya ketika ditemui di pusat tahfiznya hari ini.

Zahid bagaimanapun tidak akan tampil menyaksikan pendakwaan itu kerana sibuk dengan urusan bomba dan polis.

Tragedi yang berlaku pada awal pagi 14 September itu mengundang simpati dan kritikan orang ramai terhadap tahap keselamatan kebakaran sekolah tahfiz. Polis menahan 7 remaja, berusia antara 11 hingga 18 tahun, dalam siasatan ke atas kebakaran itu.

Zahid tidak menjawab sama ada beliau memaafkan suspek terbabit, yang didakwa menyebabkan kebakaran yang meragut nyawa 21 pelajar dan 2 tenaga pengajar apabila gagal melepaskan diri kerana sekolahnya tidak mempunyai ciri keselamatan kebakaran.

Beliau juga yakin suspek terbabit bersalah.

“Secara peribadi saya, isu maaf atau tidak ini tidak timbul kerana mereka telah melakukan kesalahan dan pertuduhan telah dilakukan. Kita tunggu dan lihat,” katanya.


Suspek Bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Didakwa Esok


Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid hari ini berkata sebahagian daripada suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, sementara suspek lain akan didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Beliau berkata siasatan mendapati bukan semua suspek yang ditahan terlibat membakar pusat tahfiz itu 14 September lalu, dan siasatan bahan bukti akan diteruskan sehingga tamat perbicaraan.

Zahid berkata akan fokus membina kembali tahfiznya dan jati diri pengajar tahfiz seluruh negara. Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfz Al-Quran Kebangsaan (Pinta).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar sebelum ini berkata sekolah tahfiznya tidak mempunyai permit sah daripada bomba untuk menduduki bangunan itu.

Beliau juga menambah pelan yang diserahkan oleh pengusaha tahfiz itu lain daripada reka bentuk seni bina sekolah.


Suspek Bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Didakwa Esok


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa pihak yang bertanggungjawab memastikan langkah keselamatan kebakaran dipertanggungjawabkan. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...