Monday, 11 September 2017

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Mangkat

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi, lapor Utusan Malaysia.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Namun Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini.

Baginda adalah satu-satunya Raja-raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Mangkat


Kali pertama, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan yang ke-14 (13 Disember 2011 - 13 Disember 2016).

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim pada 28 November 1927. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud yang kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Mangkat


Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. - mk




Iklan
ImageImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...