Saturday, 30 September 2017

Separuh Nama Calon BN Di SPRM

Separuh Nama Calon BN Di SPRM. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Barisan Nasional (BN) sudah menghantar senarai bakal calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan saringan rasuah dan salah guna kuasa.

Bagaimanapun Najib berkata hanya disahkan bertanding diserahkan kepada SPRM.

Separuh Nama Calon BN Di SPRM. “Sebahagian nama sudah ada pada SPRM, manakala sebahagian lagi nama calon sudah ada tapi masih di peringkat untuk disahkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Beliau turut memaklumkan setakat ini hanya BN sahaja yang menghantar senarai calon untuk saringan SPRM dan tidak ada satu parti pembangkang berbuat demikian.

Semalam, Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikaikan kewajaran menghantar senarai nama calon yang akan bertanding pada PRU14 kepada SPRM.


Separuh Nama Calon BN Di SPRM


Beliau mengakui pakatan pembangkang itu tidak berbuat demikian kerana mereka mempunyai cara tersendiri menyaring calon masing-masing.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata parti Islam itu juga tidak berhasrat menghantar senarai nama calon kerana saringan Majlis Syura sudah memadai.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata pihaknya sedia membantu parti politik memastikan calon yang bakal bertanding nanti bebas rasuah.

Separuh Nama Calon BN Di SPRM


”Tiada paksaan kepada parti politik yang enggan melakukannya. Itu komitmen sesebuah parti menghantar nama bakal calon untuk saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa supaya pemimpin dipilih rakyat kelak adalah bersih,” katanya. - fmt



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. BN UMNO memang bapa segala rasuah sebab itulah najib hantar nama jadi kalau ada yang resuah selepas PRU nanti senang najib lepas tangan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...