Wednesday, 6 September 2017

RCI Forex Dedah Banyak Tembelang?

RCI Forex Dedah Banyak Tembelang? Bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengakui tidak pernah memaklumkan serta berbincang dengan perdana menteri serta menteri kewangan ketika itu mengenai urus niaga forex dan kerugian yang dialami bank pusat itu.

Beliau merujuk perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad serta 2 menteri kewangannya, iaitu Tun Daim Zainuddin (1984-1991) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (1991-1998).

RCI Forex Dedah Banyak Tembelang? “Saya tidak pernah pada bila-bila masa pada 1986 hingga 1993 berbincang dengan menteri kewangan (Daim dan Anwar) mengenai urus niaga forex yang dijalankan BNM,” katanya di Istana Kehakiman hari ini.

Nor Mohamed yang juga bekas penasihat kewangan BNM berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian perdagangan mata wang asing bank pusat itu pada awal 1990-an, hari ini.

Prosiding hari ini merupakan sesi ke-5 RCI bagi menyiasat skandal kerugian forex BNM sekitar 1990-an.

Terdahulu, bekas gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ketika memberi keterangan kepada RCI hari ini berkata, bank pusat itu mengalami kerugian sehingga 10 kali ganda sejak pelaburan forex dimulakan pada 1988, termasuk kerugian sebanyak RM31.506 bilion antara tahun 1991 hingga 1994.

RCI Forex Dedah Banyak Tembelang?


Bekas penolong gabenor BNM, Datuk Murad Abdul Khalid pada 21 Ogos lalu mendakwa pernah memaklumkan Anwar mengenai kerugian AS$170 juta yang dialami BNM akibat perdagangan forex pada awal 1990-an.

Beliau dilaporkan berkata, penerangan terbabit dibuat dalam rombongan bersama menteri kewangan itu ke Hawaii pada 1994, namun beliau diarah tidak mendedahkan kerugian itu bagi mengelakkan Anwar hilang jawatan.

RCI Forex Dedah Banyak Tembelang? RCI itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail. - fmt





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...