Sunday, 10 September 2017

Pengerusan FGV Tolak Pengerusi Baru?

Pengerusan FGV Tolak Pengerusi Baru? Pengerusi baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Wira Azhar Abdul Hamid akan mempengerusikan mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah dan pengurusan utama apabila memulakan tugas pertamanya dengan syarikat itu Isnin ini.

Bercakap kepada Bernama hari ini, Azhar berkata, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan FGV dan menambah nilai kepada syarikat pertanian dan komoditi dunia itu.

Pengerusan FGV Tolak Pengerusi Baru? “Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengembalikan keyakinan terhadap syarikat, dan memastikan semuanya dilakukan mengikut cara yang betul… oleh itu jika ada yang jelas, kami perlu betulkan.

“Dan, saya juga mahu memastikan kami dapat menyelesaikan isu berkaitan ketua pegawai eksekutif secepat mungkin,” katanya.

Azhar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas pelantikan itu, dan memberi jaminan bahawa FGV akan melaksanakan janji-janjinya kepada pemegang kepentingan di bawah kepimpinan beliau.

Semalam, perdana menteri mengumumkan pelantikan Azhar, yang akan mengambil alih jawatan itu daripada pemangku pengerusi FGV Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, yang juga pengarah bukan eksekutif syarikat berkenaan.


Pengerusan FGV Tolak Pengerusi Baru?


Dalam kenyataannya, Najib berkata beliau yakin Azhar yang memiliki pengalaman luas mampu mengetuai FGV dengan berkesan, dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan pelabur, dan menterjemahkannya dalam bentuk harga saham syarikat yang lebih kukuh.

Azhar turut ditanya mengenai kekeliruan susulan pengumuman oleh Bursa Malaysia pada petang semalam bahawa FGV tidak menerima makluman bertulis daripada Menteri Kewangan (Diperbadankan) mengenai pelantikan beliau sebagai Pengerusi FGV.

“Perkara itu akan selesai pada pagi Isnin,” kata Azhar.

Azhar sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah urusan Malakoff Corporation Bhd dan pernah bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd.

Beliau juga pernah berkhidmat dalam sektor perladangan bersama Sime Darby sebagai naib presiden eksekutif Bahagian Perladangan & Perniagaan Pertanian, dan pemangku presiden dan ketua eksekutif dari 20 Mei 2010 hingga Jun 2010.

“Saya telah mengetuai beberapa syarikat senaraian awam dan selain itu perladangan merupakan bidang yang sangat saya minati.

“Oleh itu, saya tidak sabar lagi untuk memenuhi cabaran, dan saya amat berminat untuk memulihkan dan menambah nilai kepada organisasi,” kata Azhar.

Dalam pada itu, FGV dan pengurusannya menyambut baik dan mengalu-alukan pelantikan Azhar sebagai pengerusinya yang baharu.

Pengerusan FGV Tolak Pengerusi Baru?


FGV berkata lembaga pengarah akan melaksanakan proses perlu mengikut peruntukan dalam Akta Syarikat 2016 dan Syarat Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) Bursa Malaysia Securities Bhd untuk melantik Azhar sebaik menerima makluman daripada pihak berkuasa berkaitan.

Dalam kenyataan hari ini, FGV menjelaskan kekeliruan yang timbul susulan pengumuman Bursa Malaysia lewat semalam, selain laporan media yang mempersoalkan motif syarikat itu yang tidak memperakui pelantikan itu lebih awal.

Dalam pengumuman Bursa Malaysia, FGV berkata sehingga 5.30 petang semalam, setiausaha syarikat belum menerima makluman bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan mengenai pelantikan Azhar.

“Sebagai syarikat senaraian awam dan syarikat berkaitan kerajaan, FGV terikat dengan syarat. peraturan dan standard amalan terbaik mengikut Akta Syarikat 2016, MMLR Bursa Malaysia, Kod Tadbir Urusan Korporat Malaysia 2017 dan Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A),” katanya.

Sejak berita mengenai pelantikan Azhar disiarkan media, FGV menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan untuk memperoleh makluman bertulis seperti yang disyaratkan mengikut M&A bagi melaksanakan pelantikan itu.

Pengerusan FGV Tolak Pengerusi Baru?itu dibuat sebagai respons kepada artikel sebuah akhbar harian bertajuk : “Apa motif FGV tidak iktiraf pengumuman pelantikan Azhar Abdul Hamid”. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...