Wednesday, 27 September 2017

Pemilik Dobi Mesra Muslim Mohon Maaf

Pemilik Dobi Mesra Muslim Mohon Maaf. Pemilik sebuah dobi layan diri di Muar, Johor yang tidak membenarkan pelanggan bukan Islam menggunakan perkhidmatannya hari ini berkata beliau akur dengan arahan istana untuk menamatkan dasar tersebut selepas ia disifatkan sebagai “karut” dan “memalukan” oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pemilik Elit Laundry yang enggan dinamakan turut memohon maaf kepada Sultan Johor, rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang tersinggung dengan dasarnya yang menerima kecaman pelbagai pihak, walaupun sebelum ini dipuji oleh beberapa tokoh agama Johor.

Pemilik Dobi Mesra Muslim Mohon Maaf.  “Saya sudah patuh pada titah Tuanku. Saya memohon maaf pada Tuanku, rakyat Johor atas apa yang berlaku dan berharap kekecohan selama beberapa hari ini akan reda. Saya sudah tidak menggunakan papan tanda berkenaan.

“Saya memang tiada niat untuk menjadikan isu ini suatu perkara yang besar,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bagaimanapun, beliau berkata akan tetap meneruskan perniagaannya.

Sultan Johor dipetik akhbar The Star hari ini membidas dasar kedai dobi itu, dan memerintahkan pemiliknya memohon maaf atau berdepan penutupan.

Menurutnya, tindakan mendiskriminasi berdasarkan kaum dan agama membuatkan rakyat Johor marah dan malu.

Pemilik Dobi Mesra Muslim Mohon Maaf


“Saya tidak boleh menerima perkara karut ini. Ini Johor, ia milik Bangsa Johor dan milik semua kaum dan agama. Ini sebuah negeri progresif, moden dan sederhana,” kata Sultan Ibrahim.

Bercakap kepada FMT, pemilik kedai dobi itu berkata sepanjang melaksanakan pematuhan berkenaan, beberapa agensi kerajaan turut hadir ke premisnya bagi memeriksa perlaksanaan yang beliau lakukan.

Katanya, kelemahannya akan diperbaiki di masa hadapan agar tidak lagi menyinggung perasaan Sultan Johor dan rakyat negeri berkenaan.

Sementara itu, Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika dihubungi FMT enggan mengulas lanjut mengenai kenyataannya sebelum ini.

“Saya minta maaf, saya tidak dapat komen isu ini, ia atas arahan dan titah Tuanku Sultan Johor,” katanya.


Pemilik Dobi Mesra Muslim Mohon Maaf


Sebelum ini, Tahrir menyifatkan dasar kedai dobi itu sebagai “cantik”.

“Syaratnya supaya tidak ada najis mughallazah dan ringan, sebab ada menyebabkan kita (umat Islam) tidak berani nak hantar takut tercampur,” kata Tahrir dipetik Harian Metro. - fmt



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...