Tuesday, 5 September 2017

Patutlah BN Johor Makin Cemas.. Ini Puncanya?

Patutlah BN Johor Makin Cemas.. Ini Puncanya? Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini mengakui pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) khasnya di kawasan Parlimen Pagoh.

Ini kerana, kata ketua Umno bahagian Johor Bahru itu, Muhyiddin merupakan ahli Parlimen Pagoh selama 7 penggal.

Patutlah BN Johor Makin Cemas.. Ini Puncanya?  Muhyiddin memenangi kerusi Parlimen Pagoh sejak pilihan raya umum 1978, kecuali pada PRU 1986 dan 1990 kerana beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang.

“Pada saya kesannya mungkin di Pagoh. Kawasan dia sendiri.

“Itu persaingan sengitlah,” katanya kepada FMT selepas Program Amanah Warisan Taman Tugu hari ini.

Rabu lalu, PH mengumumkan Muhyiddin yang juga presiden PPBM mengetuai jentera PH di Johor, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengetuai jentera PH di Kedah dan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa di negeri itu.

Patutlah BN Johor Makin Cemas.. Ini Puncanya? 


Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pula dilantik sebagai pengerusi PH Selangor dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku pengerusi PH Pulau Pinang.

Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen menerajui gabungan pembangkang itu di Sarawak, Pengerusi PKR negeri, Christina Liew di Sabah, Ketua PPBM negeri, Ahmad Faizal Azumu di Perak dan Pengerusi Amanah negeri, Adly Zahari di Melaka.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, BN dan Umno masih mempunyai kekuatan di Pagoh, walaupun Muhyiddin ialah orang kuat di kawasan Parlimen itu.

Patutlah BN Johor Makin Cemas.. Ini Puncanya?  Katanya, BN perlu berusaha keras dari segi pendekatannya untuk melawan Muhyiddin pada PRU akan datang di kerusi itu. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...