Sunday, 24 September 2017

PAS Ucap Terima Kasih Dan Puji Kerajaan Pusat

PAS Ucap Terima Kasih Dan Puji Kerajaan Pusat. Pas memuji kerajaan pusat kerana bertindak segera menghalang ‘White Party BKK Warm Up’ yang mahu diadakan di ibu kota 30 September ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, langkah kerajaan tidak membenarkan aktiviti yang boleh menyumbang kepada gejala meruntuhkan akhlak sangat wajar.

“Saya ucap terima kasih dan saya puji kerajaan sebab buat tindakan segera terhadap perkara ini, selepas pelbagai kecaman timbul mengenai isu pesta arak.

PAS Ucap Terima Kasih Dan Puji Kerajaan Pusat. “Pada pandangan saya, tidak cukup dengan (halang) ini sahaja. Jika tidak ada usaha berterusan saya rasa masih ada pihak yang akan berani membuat perkara seumpamanya di negara kita,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Medan Ilmu, semalam.

Kelmarin, kerajaan mengarah polis dan Jabatan Imigresen untuk bertindak tegas dengan tidak mengeluarkan visa atau memberi kebenaran kepada rakyat asing untuk masuk ke negara ini bagi menyertai pesta gay yang dirancang itu.

Mengenai penganjuran pesta gay itu, Mohd Amar berkata, selain penguatkuasaan undang-undang, kerajaan juga perlu mencari jalan untuk membetulkan sikap masyarakat dan membersihkan rakyat daripada unsur-unsur negatif tersebut.

PAS Ucap Terima Kasih Dan Puji Kerajaan Pusat


“Kerajaan perlu memberi perhatian serius dalam isu-isu sebegini. Pesta bercanggah dengan tuntutan agama sebegini tidak akan dianjurkan jika tidak ada yang terlibat dalam benda-benda begini.

“Kita juga mengharapkan keprihatinan kerajaan tidak tertumpu kepada isu ini sahaja, tetapi biarlah  meliputi kegiatan lain yang tidak menepati tuntutan agama ,” katanya.

PAS Ucap Terima Kasih Dan Puji Kerajaan Pusat. Mohd Amar mahu kerajaan bertindak tegas terhadap penganjuran pesta tari-menari  agar sensitiviti agama di negara ini terus dihormati. - sinar




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...