Tuesday, 26 September 2017

PAS Sedia Laksana Sistem Cukai Islam Ganti GST

PAS Sedia Laksana Sistem Cukai Islam Ganti GST. Pas akan melaksanakan dua sistem pencukaian mengikut kaedah Islam bagi menggantikan GST yang membebankan rakyat sekiranya mentadbir negara.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia adalah cukai simpanan korporat dan cukai jual beli saham.

Menurutnya, cukai berdasarkan prinsip Islam itu hanya dikenakan kepada golongan kaya dan bukannya miskin.

PAS Sedia Laksana Sistem Cukai Islam Ganti GST. "Korporat yang menyimpan di bank akan dikenakan cukai 2.5 peratus. Data Bank Negara Malaysia menunjukkan 1.6 trilion simpanan rakyat Malaysia. Kita andaikan 1/3 adalah simpanan korporat. Jika dikenakan cukai 2.5 setahun, negara dapat pulangan 13 bilion.

"Bagi cukai jual beli saham ia dikenakan selepas cukup setahun. Dalam data BSKL, transaksi jual beli saham pada 2016 ialah sebanyak 1.8 trilion. Jika dikenakan 2.5 peratus kepada saham tersebut negara akan dapat pulangan sebanyak 45 bilion. Itu belum campur dengan cukai jual segera yang ada untung dan perlu bayar zakat," katanya.

PAS Sedia Laksana Sistem Cukai Islam Ganti GST


Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bersama Sinar Harian selepas program Bicara PRU14 di Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil di Bukit Pak Kuning.

Menurutnya, dua kaedah cukai mengikut lunas Islam itu ternyata lebih menguntungkan berbanding GST yang menindas rakyat miskin.

PAS Sedia Laksana Sistem Cukai Islam Ganti GST. Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perasmian Perhimpunan Agung MIC ke 71 di Pusat Dagangan Putra semalam menyifatkan rakyat sering menyalahkan kerajaan biarpun GST hanya dikenakan 6 peratus berbanding 28 peratus dikenakan di India. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







1 comment:

  1. Nak urus parti secara jujur pun tidak diyakin kemampuannya...ini kan pula nak uruskan negara dan kewangan...jgn lah bertopengkan agama...tunjuk kemampuan dulu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...