Friday, 29 September 2017

Lulusan Kolej Vokasional Jadi Doktor Gigi

Lulusan Kolej Vokasional Jadi Doktor Gigi. Seorang lulusan kolej vokasional didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lepas.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, dari Alor Setar, Kedah yang mengaku bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya.

Lulusan Kolej Vokasional Jadi Doktor Gigi.  Mahkamah turut memerintahkan gadis itu jalani hukuman penjara 6 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Nur Farahanis Ezatty didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, pada 10.15 malam, 25 Januari lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) akta itu dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum 6 tahun atau kedua-duanya.

Lulusan Kolej Vokasional Jadi Doktor Gigi


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit, berikutan proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah selain kes berkenaan bukan pertama di Melaka dan Malaysia.

Lulusan Kolej Vokasional Jadi Doktor Gigi. Peguam Janariah Mustafa yang mewakili gadis itu merayu hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya, menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. - fmt



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. My brother recommended I might like this web site.
    He was totally right. This post actually made my day.
    You can not imagine simply how much time I had spent for this
    information! Thanks!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...