Thursday, 21 September 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz - Polis Dedah Detik Awal Penahanan Suspek

Kebakaran Pusat Tahfiz - Polis Dedah Detik Awal Penahanan Suspek. Pengecaman baju dipakai salah seorang suspek membolehkan siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Keramat yang meragut 23 nyawa selesai dalam tempoh singkat, kata ketua polis daerah Wangsa Maju.

Supt Mohamad Roy Suhaimi Shariff dipetik Berita Harian berkata, polis di peringkat awal berbelah bahagi untuk mengklasifikasikan kes itu sebagai khianat atau kemalangan.

Kebakaran Pusat Tahfiz - Polis Dedah Detik Awal Penahanan Suspek. Bagaimanapun, katanya, polis mendapat petunjuk hasil penelitian ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang terletak bersebelahan sekolah tahfiz itu.

“Pasukan siasatan memperoleh petunjuk kelibat lelaki memakai baju bernombor 88 di bahagian belakang badan dan maklumat itu kemudian menjadi panduan.

“Dia kemudian dikesan tidak jauh dari pusat tahfiz berkenaan pada jam 6 petang keesokannya dan memakai baju sama lalu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada akhbar itu semalam.

Beliau berkata, hasil maklumat diberikan remaja itu, suspek ke-2 ditahan 30 minit kemudian dan baki 5 lagi dalam tempoh kurang 8 jam.

Kebakaran Pusat Tahfiz - Polis Dedah Detik Awal Penahanan Suspek


Sabtu lalu, polis mengumumkan penahanan 7 suspek lelaki berusia 11 hingga 18 tahun di sekitar ibu negara mulai 6 petang Jumaat hingga 2.15 pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata, 6 suspek itu didapati positif dadah jenis ganja dan dipercayai khayal ketika memulakan kebakaran itu, manakala 2 daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham (akibat) ejek-mengejek di antara suspek dengan segelintir penghuni asrama tahfiz ini yang bermula beberapa hari sebelum kejadian.”

Seramai 21 pelajar lelaki berusia 6 hingga 17 tahun dan 2 guru berusia 25 serta 26 tahun terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi, 14 September lalu.

Kebakaran Pusat Tahfiz - Polis Dedah Detik Awal Penahanan Suspek. Tujuh mangsa termasuk 6 pelajar sekolah tahfiz itu turut cedera dalam tragedi berkenaan. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...