Thursday, 21 September 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz - Menteri Terkejut

Kebakaran Pusat Tahfiz - Menteri Terkejut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa terkejut apabila mendapati suspek kes kebakaran pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah merupakan remaja di bawah umur 18 tahun.

"Insiden ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak khususnya ibu bapa dalam membendung kes-kes jenayah melibatkan kanak-kanak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada sama, beliau turut meminta semua pihak untuk berhenti membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

Kebakaran Pusat Tahfiz - Menteri Terkejut.  Menurutnya lagi, beliau percaya kes itu akan diadili sebaik mungkin setelah dibawa ke mahkamah nanti.

"Tiada mana-mana individu boleh mengatasi undang-undang, suspek berkenaan akan diadili mengikut undang-undang sedia ada.

"Ketika ini kesemua suspek masih ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api," ujarnya.

Katanya, suspek tidak boleh dijatuhkan hukuman mati sekiranya mereka disabit bersalah di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Kebakaran Pusat Tahfiz - Menteri Terkejut


Ini kerana Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 menjelaskan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan kepada pesalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Yang di-Pertua Negeri.

"Selain itu, pesalah juga boleh dikenakan hukuman seperti yang termaktub di bawah Seksyen 91 (1).

"Manakala Seksyen 94 Akta yang sama, memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintah supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan," katanya.

Kebakaran Pusat Tahfiz - Menteri Terkejut.  Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seramai 23 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur. - sinar




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...