Thursday, 14 September 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah - 20 Pelajar Terkorban Termasuk Guru (Bergambar)


Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah - 20 Pelajar terkorban Termasuk Guru. Lebih 20 pelajar dan guru disahkan maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, pagi tadi.


Pihak Bomba memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 pagi. Difahamkan, kebakaran berlaku di bilik tidur pusat tahfiz berkenaan.

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah - 20 Pelajar terkorban Termasuk Guru


Mangsa kritikal sehingga kini adalah tiga lelaki dan dua mangsa dirawat di Yellow Zone Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pada masa ini mayat semua mangsa dilaporkan masih berada di lokasi kejadian.

Unit Forensik,  Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur pada masa ini masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar.- sinar

‘Kami tidak dapat masuk kerana api, asap tebal’
"Api terlalu marak dan asap tebal, kami tidak boleh masuk," kata salah seorang saksi yang berada di lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, seramai 22 pelajar dan dua warden dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Ahmad Billien Zakaria, 34, berkata, dia dimaklumkan kejadian oleh kakaknya yang menelefonnya kira-kira jam 5.15 pagi.

"Kakak telefon saya beritahu ada kebakaran di pusat tahfiz di sini. Saya terus bangun dari tidur menuju ke tempat kejadian.

"Sampai di sini, lihat memang dah ramai penduduk dan pemuda datang berkumpul untuk cuba menolong, tapi kami tidak dapat berbuat apa sebab api dan asap tebal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, bomba kemudian mengarahkan kami untuk tidak masuk ke dalam pusat tahfiz terbabit atas faktor keselamatan.

Katanya, ketika itu, ada antara kami yang cedera ketika cuba memberikan pertolongan.

"Apa yang saya dimaklumkan, sebelum saya sampai, ada saksi beritahu mendengar jeritan meminta tolong," katanya. - sinar

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah - 20 Pelajar Terkorban Termasuk Guru


Gambar sekitar tempat kejadian..















Berita lanjut akan menyusul..





Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...