Monday, 18 September 2017

Berita Menggemparkan Dari Pihak Polis

Berita Menggemparkan Dari Pihak Polis. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan daripada 13 anggotanya bagi membantu siasatan berhubung kebocoran maklumat mengenai penahanan suspek kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Rusdi Md Isa berkata, keterangan daripada kesemua anggota berkenaan diambil semalam mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Berita Menggemparkan Dari Pihak Polis.  "Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kebocoran maklumat kes berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh memberitahu sidang media khas bahawa tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz itu.

Enam daripada mereka positif dadah dan kesemuanya direman selama  tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Berita Menggemparkan Dari Pihak Polis


Bagaimanapun, fakta kes dan maklumat mengenai penahanan suspek serta beberapa gambar suspek telah tular di media sosial sebelum sidang media itu diadakan kira-kira 8 malam.

Berita Menggemparkan Dari Pihak Polis.  Pada Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu, terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi itu. - bernama




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...