Monday, 4 September 2017

Bandar Terpadat Di Dunia

Bandar Terpadat Di Dunia. Bayangkan rumah dibina bertingkat-tingkat hingga menenggelamkan sinaran matahari dengan lorong-lorong kecil yang sempit serta tangga yang dipenuhi dengan wayar-wayar berselirat.

Setiap rumah bersambung sesama sendiri menjadikan kawasan tersebut seperti sebuah 'Maze', malah anda boleh ke blok yang lain tanpa perlu turun ke tingkat bawah pun.

Tiada kawasan lapang buat kanak-kanak untuk bermain, kalau nak bermain pun di atas bumbung rumah, itulah taman permainan buat mereka, tiada saluran paip air yang betul malah kemudahan elektrik pun harus dikongsi penduduk.


Bandar Terpadat Di Dunia



Dengan kadar keluasan 2.6 hektar (kira-kira enam padang bola), kelihatan blok-blok rumah setinggi 10 tingkat di Kota Tembok Kowloon, yang terletak di Hong Kong tempat terpadat di dunia satu ketika dahulu dengan kepadatan 33,000 orang tinggal di kawasan tersebut.

Ada juga fakta mendakwa pernah satu ketika 50,000 orang tinggal di kawasan tersebut namun tiada rekod mengenai perkara itu.

Dari tahun 1950 an hingga 1970 an, kota tersebut dipercayai dikawal oleh penduduk tempatan dan mempunyai kadar pelacuran, judi dan penyalahgunaan dadah yang tinggi dan bebas daripada undang-undang. Pihak polis pun tidak mempunyai kuasa di kota tersebut.

Sebelum ia dirobohkan 20 tahun, jurugambar Gred Girard berusaha merakamkan dari sudut aspek berbeza mengenai Kota Tembok Kowloon itu.

Kawasan tersebut merupakan bekas kubu Dinasti Qing dan tidak pernah tersenarai di bawah peraturan zaman pemerintahan British menjadikan ia kota yang bebas dari undang-undang.

Penduduk di situ juga bebas membina kediaman mereka semahunya mengabaikan kod keselamatan.

"Rumah dibina di atas rumah orang lain sesuka hati, banyak daripadanya tidak ada akses kepada ruang udara mahupun terbuka kerana dibina di tengah-tengah bangunan lain.

"Bagaimanapun, walau diselubungi kegelapan, namun banyak perniagaan berkembang di situ seperti kilang daging dan lain-lain.

"Bayangkan ada bangkai-bangkai binatang di tengah jalan, kemudian ada pula sedang membakar barang secara terbuka, undang-undang kesihatan tidak wujud di kawasan itu," kata Girard.

Bandar Terpadat Di Dunia



Namun begitu, Girard mendakwa walaupun kawasan tersebut kelihatan seperti itu, penduduk di sana sama sahaja dengan di tempat-tempat lain.

"Penduduk di kota itu normal seperti tempat lain, komunitinya aman damai walaupun kawasan tersebut dipenuhi dengan penjenayah," katanya lagi.

Kerumitan kota tersebut turut menarik minta Pengarah Reka Bentuk Penyelidikan Seni Bina Hong Kong, Aaron Tan mendakwa penduduk di situ lebih bijak dari para arkitek.

"Saya sungguh kagum melihat kawasan tersebut berfungsi dengan baik walaupun keadaannya sedemikian rupa.

"Saat melihat reka bentuk dalaman Kota Tembok Kowloon ini, saya berpendapat penduduknya lebih kreatif dan bijak dari para pereka, mereka boleh menyelesaikan masalah luar daripada akademik tradisional," katanya.

Akibat kepadatan penduduk di kota tersebut, penduduk menggali telaga tambahan dan membina beribu-ribu paip di bangunan-bangunan tersebut.

Memandangkan untuk mengepam air keseluruhan kawasan tersebut memerlukan kuasa yang tinggi, penduduk akan bergilir-gilir menggunakan kuasa elektrik supaya saluran air dapat berfungsi.

Bandar Terpadat Di Dunia


"Perkara ini menunjukkan masyarakat di dalamnya, tidak kira walau apa cabaran akan mencari jalan pintas untuk menyelesaikannya," katanya lagi.

Kota tersebut bagaimanapun diruntuhkan kerajaan Hong Kong pada tahun 1994 dan menggantikannya dengan sebuah taman, Taman Kota Tembok Kowloon.

Hari ini pelawat yang melawat ke tapak kota tersebut akan melihat pokok yang beralun dengan tenang dan juga kolam. Hilang sudah kepadatan manusia yang suatu ketika dahulu menghuni tempat tersebut.

Terdapat muzium kecil untuk menghormati dan mengingati sejarah Kota Tembok Kowloon ini. - sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...