Wednesday, 20 September 2017

Apsal Pemimpin Umno Gembira Sakan?

Apsal Pemimpin Umno Gembira Sakan? Seorang pemimpin kanan Umno mengalu-alukan peletakan jawatan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop daripada Khazanah Malaysia semalam, sambil mengaitkan bekas menteri kewangan itu dengan kerugian Bank Negara Malaysia dalam aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) lebih 2 dekad lalu.

“Kredibiliti Khazanah boleh terjejas jika beliau masih lagi menjadi ahli Lembaga Pengarah. Maka beliau mengambil langkah yang tepat tanpa menunggu pihak pengurusan membuat arahan sedemikian,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi kepada FMT.

Apsal Pemimpin Umno Gembira Sakan?  Semalam, Khazanah, syarikat pelaburan dimiliki Kementerian Kewangan, mengumumkan peletakan jawatan Nor Yakcop sebagai timbalan pengerusi dan juga ahli Lembaga Pengarah, berkuatkuasa 30 September ini.

Puad, yang mengetuai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini menyelar Nor Yakcop berhubung keterangannya di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian berbilion dolar BNM pada 1990-an.

Puad menuduh Nor yang menjadi saksi RCI itu cuba melindungi Tun Dr Mahathir Mohamad apabila memberitahu panel siasatan yang bekas perdana menteri itu tidak terlibat dalam aktiviti forex BNM, di samping mengaku bertanggungjawab terhadap kerugian yang berlaku.

Apsal Pemimpin Umno Gembira Sakan? 


“Jangan pula kerana diberi peluang semula sebagai penasihat kewangan kepada perdana menteri semasa krisis kewangan tahun 1997/1998 menyebabkan Nor Mohamed Yakcop bersedia menjadi kambing hitam hingga tersembunyi fakta sebenar mengenai skandal kewangan yang menyebabkan negara kerugian pulohan bilion ringgit ketika itu,” kata Puad merujuk keterangan Nor Yakcop di RCI pada 6 September lalu.

Puad berharap dengan peletakan jawatan Nor Yakcop akan memudahkan beliau mendedahkan “apa sebenarnya yang berlaku dalam skandal” yang mendatangkan kerugian kepada bank pusat itu.

“Ini soal ketelusan dan kredibiliti kerana isu kerugian forex dikaitkan dengan beliau,” katanya.

RCI kerugian forex tamat semalam selepas 42 dokumen diteliti dan 25 saksi memberi keterangan.

Selain Nor Yakcop, saksi lain termasuk Dr Mahathir, bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin, dan beberapa pegawai yang terlibat dengan BNM.

Apsal Pemimpin Umno Gembira Sakan?  Laporan penuh RCI akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong 13 Oktober ini.- fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







1 comment:

  1. Yg peliknya pemimpin UMNO nampak salah orang lain je, salah pemimpin dan diri sendiri tak nampak pun. Kes forex tu kes rugi bukannya kes pemimpin rembat duit rakyat macam kes 1MDB. Tapi dalam kes 1M DB dia brrmati matian mempertahankan ketuanya yg dah terang terang salah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...