Friday, 8 September 2017

Anwar Ibrahim Bertegang Leher Dengan Pengerusi RCI Forex

Anwar Ibrahim Bertegang Leher Dengan Pengerusi RCI Forex. Bekas menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegang leher dengan pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung jumlah kerugian ditanggung Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing, pada 1993.

Anwar yang merupakan saksi ke-21 RCI kerugian forex itu mempertahankan keputusannya memaklumkan kepada Kabinet jumlah kerugian forex lebih rendah ditanggung BNM pada awal 1990-an.

Anwar Ibrahim Bertegang Leher Dengan Pengerusi RCI Forex. Beliau ketika memberi keterangan pada sesi ke-6 prosiding RCI di Istana Kehakiman hari ini berkata, beliau memaklumkan kepada Kabinet BNM mengalami kerugian sebanyak RM5.7 bilion dalam perdagangan forex berdasarkan laporan kewangan tahunan bank pusat itu pada 1993 yang diaudit.

Ketua umum PKR itu berkata, laporan itu dimuktamadkan selepas perbincangan antara BNM dan Ketua Audit Negara ketika itu, Tan Sri Ishak Tadin.

Katanya, beliau turut memaklumkan kerugian itu kepada Dewan Rakyat.

Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan membetulkan kenyataan Anwar dengan berkata, jumlah kerugian BNM dalam urus niaga itu pada 1993 sebenarnya berjumlah RM15.391 bilion.

“Kami ahli panel RCI sudah baca laporan 1992, tidak ada kerugian dalam BNM.

Anwar Ibrahim Bertegang Leher Dengan Pengerusi RCI Forex


“Malah, dicatatkan kerugian berjumlah RM15.391 bilion pada 1994, itu yang kena terangkan,” katanya.

Anwar disoal panel 6 ahli itu hampir 30 minit berhubung kekurangan maklumat mengenai kerugian BNM yang diberikan kepada Kabinet dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Sidek turut mendakwa Anwar gagal mendedahkan BNM mengalami kerugian dalam perdagangan forex.

Tuduhan itu disokong ahli panel RCI, Tan Sri Saw Choo Boon dengan berkata, laporan tahunan yang diserahkan Anwar kepada Kabinet tidak menunjukkan sebarang kerugian, sebaliknya keuntungan.

Anwar bertegas apa yang beliau bentangkan kepada Kabinet ketika itu berdasarkan laporan diaudit yang beliau percaya adalah betul kerana ia sudah melalui ketua audit negara.

“Saya telah jelaskan itu adalah rundingan dengan ketua audit negara.

Anwar Ibrahim Bertegang Leher Dengan Pengerusi RCI Forex


Kita bawa kepada Kabinet keputusannya. Kita sebut apa yang yang telah disebut Bank Negara,” jawabnya sambil menambah beliau tahu lebih awal mengenai kerugian sebenar itu, tetapi perlu mengikut prosedur yang ditetapkan BNM.

“Saya tidak boleh membuat tuduhan terhadap BNM. Dan Kabinet tidak tanya apa pendapat saya. Mereka tanya saya apa yang laporan itu nyatakan.”

Anwar ialah menteri kewangan dari 1991 hingga 1998 ketika BNM mengalami kerugian tersebut.

Anwar Ibrahim Bertegang Leher Dengan Pengerusi RCI Forex. Prosiding hari ini merupakan sesi ke-6 RCI bagi menyiasat kerugian BNM melalui kegiatan perdagangan mata wang asing sekitar 1990-an. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...